Thursday, December 27, 2012

Guraunya Bermaksud......

Salam...

Terima kasih buat Pn Kartini, lemongrass, azi, Norhaizan hakim, Acik Erna, Cik Viva, Makchaq, azieazah, MulutPayau dan sal atas doa's. Tak lupa juga buat semua yang sudi singgah diblog saya...terima kasih banyak2. Buat makchaq selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 27 semoga makcaq diberikan rezeki yang mewah,  kesihatan yang baik2 dan juga hidup bahagia disamping suami dan anak2, amin...

............................


Pagi semalam satu mesaj masuk dalam hp saya, berkali2 berbunyi tapi saya buat tak tahu aje, malas nak layan sebab banyak mesaj yang entah apa2 masuk. Tak lama lepas tu satu panggilan masuk, belum sempat nak jawab dah mati. Saya cuba cal balik sebab tahu siapa pemanggilnya. Suara yang agak cemas memberitahu salah seorang suami sahabat kami Mansor (suami kak Naemah) meninggal dunia secara mengejut. Terduduk bila dapat berita, masa tu baru nak tengok mesaj yang dihantar ani.

Dalam dok mengira nak bagitau hubby tetiba dia pula yang menalipon saya suruh bersiap untuk ke Sungai Buloh rumah sahabat yang meninggal dunia. Secepat mungkin bersiap, hubby cal semula, dia baru dapat berita yang mengatakan jenazah masih di Ipoh dan mungkin waktu Asar baru sampai.

Alhamdulillah kami dapat mengiringi jenazah sampai ke kubur, itupun dah dekat waktu maghrib. Dari cerita yang kami perolehi arwah ke Ipoh atas urusan kerja. Malam sebelum arwah meninggal sempat minum dikedai kopi bersama sahabat lama yang balik ke Ipoh. Pagi sebelum memulakan tugas terasa sakit kebetulan salah seorang anak lelakinya mengikut. Anaknya cuba menghubungi sahabat arwah dan mereka bawa arwah ke klinik dan disitulah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum sempat dibawa ke hospital.

Kali terakhir kami berjumpa bulan lepas masa salah seorang sahabat kami buat kenduri duduk rumah baru. Disitu dia sangat riang dan terlalu banyak buat lawak. Masih ingat kata2nya...agaknya dapat ke kita merasa duduk rumah Country Home macam kawan kita ini sedangkan umur kita semua dah veteren. Ada yang menjawab... dapat duduk rumah atas tanah (rumah teres) pun dah syukur. Seorang lagi pulak kata...mana tahu kalau ada rezeki anak kita belikan macam sahabat kita ini siapa tahu...

Lepas itu dia cakap lagi...jangan makan banyak nanti kena sakit jantung, kebetulan caterer yang ditempah sahabat yang buat kenduri suaminya masuk hospital sebab sakit jantung. Masa perbualan ini ramai diantara sahabat yang hadir dan semua duduk semeja dengan saya dan hubby. Sahabat2 my hubby adalah sahabat saya juga sebab mereka adalah jiran rumah lama. Kami berkawan dah bertahun2 lamanya...alhamdulillah sudah jadi macam adik beradik.

Yang paling kelakar masa kami kaum perempuan melawat dalam rumah dia sama mengikut. Semua sudut dia masuk termasuk bilik yang berada ditingkat atas. Kaum lelaki pula semua mentertawakan arwah...konon macam kemaruk sangat nak rumah macam itu sedangkan rumah dia juga tak kurang besar dan cantik. Tapi semua itu rupa2nya menunjukan kelainan yang kami semua tidak sedar. Sebagaimana yang diketahui arwah bukanlah orang yang suka buat lawak tapi dia seorang yang penyayang dan setia berkawan.

Al-Fatihah.............semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh.

6 comments:

Acik Erna said...

AlFatihah

makchaq said...

Terima kasih atas doa kak Zai untuk makchaq dan suami.

Innalillahiwainnailaihirojiun.., semoga roh arwah dicucuri rahmat..

Sekarang ni orang meninggal dah tak macam dulu.. Lama terbaring sakit... Mungkin Alllh perkenaankan doa kebanyakkan kita yang tak nak sakit lama dan menyusahkan anak2..
Abang ipar makchaq meninggal hari Isnin lepas, abang sepupu dalam 2 minggu lepas, mengadu sakit, bawak ke hospital, dalam 2 jam dah tak ada...dua2 mengejut akibat serangan jantung..

che mid said...

Innalillahiwainnailahirojiun

saniah said...

Alfatihah utk arwah sahabat k.zai
Dan takziah utk keluarga..moga mereka bersabar dan tabah atas kehilangan ini...ya

♥MAMASYAZA♥ said...

salam takziah utk sahabat akak dan alfatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat

MulutPayau said...

Al-fatihah....semoga roh arwah dicucuri rahmat...