Tuesday, March 08, 2016

RESTOREN IKAN BAKAR MALIM MITC MAHAL Dan SOMBONG.

Assalamualaikum...

Terima kasih banyak2 pada kawan2 yang bagi ucapan dan doa buat adik hanya Allah yg membalas jasa kalian.
............

Sebelum balik dari Melaka tempohari saya pesan dengan adik nanti kalau makan cari lauk ikan sebab minggu tu dah banyak makan fast food. Tak elok tambah lagi masa exam.

Esoknya dia pun pergilah ke restoren yang banyak menjual lauk bersumberkan ikan dan lauk2 kampung. Kalau sesiapa yang selalu ke Melaka mesti dah biasa dengan restoren ikan bakar malim. Adik pergi yg dekat dengan MITC.

Inilah lauk yang dibeli adik bersama kawannya. Dia tak makan direstoren beli dan bawa balik. 2 ekor ikan kembung bakar yg tak berapa nak besar, 2 nasi putih dan ulam2an. Bila pergi ke kaunter masa nak bayar terkejut beruk bila cashier cakap RM25. Kawan adik tanya kenapa mahal sangat jawapannya ambik kuah kan? kuah tu taruh dkt nasi. Jawapan cashier pada soalan tu kuah tu bukan kami masak dengar AIR aje. Air asam tu pulak dia charge RM3. Tolonglah bukan ke kalau ikan bakar dicicah dgn kuah asam. Kira dua kali charge ikan dan air asam.


menitis air mata tengok adik menyuap makanan tu

Kalau pun nak untung dan kaya cepat adalah hati perut sikit. Pelanggan tu sebangsa, melayu dan tahu kan student. Tak logik kan kalau setakat nasi berlauk kan ikan kembung sampai RM25.

Saya pun ada beberapa kali makan dekat situ tapi ambik berbagai jenis lauk jadi tak berapa nak kisah bab harga. Entah dia cekik ke tak tahulah. Satu lagi last pergi tu hubby memunggah pinggan mencari kalau ada yg agak putih sbb semua pinggannya sudah menjadi hitam dan berkeladak. Nak makan pun tengok hilang selera.

Bukan berkira atau tak mampu nak bayar tapi biarlah secara logik kalau nak charge. Semua orang tahu harga barang memang melambung tapi bagi restoren yg sudah establish dah tentu bahan yg digunakan akan jauh lebih murah dari harga pasaran.





P/S...Saya pernah beberapa kali makan disebuah restoren harga makanan berpatutan dan pelanggan akan diberikan bubur selepas makan. Mudah2an dia mendapat keberkatan dan diangkat menjadi istimewa disisi Allah.




11 comments:

makchaq said...

Melampau mahal harga makanan kat situ...

miss eimanhikmah said...

ikan sekor cmtu n nasi rm25? mahal nyaaaaaaa..

paridah said...

Mahal sgt tu mmg xpatut ditambah dgn budi bahasa yg kasar bgitu..harap bisnis yg berkenaan tu bertambah maju n berubah cara niaganya ke arah yg lbh menguntungkan di dunia n akhirat.

Normala Saad said...

mahalnya harga...tak patut betul..

Norhayati Mohd Isa said...

Aduh kak zai.
Dah tentu makan chiken chop lagi berbaloi..
dari ikan kembung yg kurus melidi tak ada isi tu smpi RM25 harganya..
Memang mahallah tu..

Mar Mansor said...

tercekik dengar harga..belum lagi nak makan..lagi rasa tercekik-cekik

hainom OKje said...

Tak perasan pulak Kak Zai kedai ni. Tp tulah mmg melampau sungguh. Agak agaklah kalau nak menghisap darah pun.
Tu yg kekadang makan fast food lagi puas hati kan Kak Zai

Sura Mohd said...

geramnya bila ada peniaga yg amik kesempatan camni..cam kata kakZai..bukan soal x mampu bayar..diarang ni memang melebih2..kalau kena kat suami sura camni..mesti dia tobat x pegi dah kedai tu..hehe..sbbnya dia slalu bercerita kalau dia makan kat kedai yg dia rasa mahal..dia tak nak masuk dah kedai tu..

JunAina said...

Biasanya kalau kawasan student ramai harga makanan jauh lebih murah. Berniaga bukan sahaja kerana duit tetapi juga untuk berkat.

Nooriah Abdullah said...

ya Allah kakzai kenapa lah mahal snagat harga ikan tu..
takut dengar lah
kot ya pun berpada-pada mengambil untung ye dak..

kakzai, saya ada tag kakzai, jom ke blog kaknoor ya
tengok apa yang saya tag kan tu

Azian Elias said...

kesiannya..

teruk sungguh peniaga cam ni.. tu dah bongkak tu, sebab tu tak de rasa kesian kat pelanggan. ingat nak untung je.