Wednesday, October 12, 2011

Kenangan....& Orkid


 
Sebelum ni buai tu digantung dalam rumah sewa hubby kat Terengganu tapi sekarang buai tu digantung dilaman rumah saya. Setiap kali  hubby duduk mesti teringat pada arwah Amirul...kanak2 yang meninggal lemas yang saya catitkan pada n3 yang lepas, sebabnya hanya kerana arwah buai tu dibeli dan digantung kat dalam rumah. Setiap hari arwah akan datang ke rumah sewa hubby main game menggunakan hp hubby baring kat atas lantai simen. Malas nak bentang comforter terus beli buai ni. Disinilah arwah baring setiap kali ke rumah sewa hubby.
 
 masih ada

ihsan dari google

Dulu kami punya buai macam kat atas ni, yang kuning masih ada tapi buai kat bawah (gambar google) dah rosak. Sejak hubby gantung buai kat atas tu saya sekeluarga selalu bersarapan disitu dan kadang2 duduk bersembang berjam2 lamanya. Macam2 yang kami sembangkan tapi mulut hubby tak lepas bercerita pasal arwah. Kasihnya hubby pada budak yang berumur 8 tahun cuma bersama selama 4 bulan, tentu ada kelebihan pada arwah. Semoga beliau bersemadi dengan tenang disana...AlFatihah...


Orkid kembang ditaman






27 comments:

JunAina said...

cantik orkid2nya...aina suka orkid tapi tak suka bab membelanya...hehehee...

Mak Su said...

alfatihah buat si kecil amirul. Tuhan lebih menyayanginya.

dan, tangan akak memang sejuk!

cikmanggis said...

alfatehah buat arwah...cantiknya orkid Zai..pokok orkid Cm dah tak de rupa..hidup segan mati tak mahu sb tuannya sibuk memanjang:)

Nieda said...

alahai tergoda dgn orkid tuuuu
kemain subur lagi.

MulutPayau said...

Al-Fatihah utk amirul..Allah lebih mnyayanginya...

p/s...cantiknya orikd2 tu...kenapa laaa yg saya punya tak keluar pun bunga...

azieazah said...

Sedih baca kisah arwah tu. Manis sungguh kenangan itu kan?

Kak, orkid PURPLE tu rasa macam nak petik bubuh kat tepi telinga saya... hehe

Zaitun said...

JunAina

Pokok Orkid manja sikit nak lebih perhatian.

Zaitun said...

Mak Su

Minat tu mungkin buat pokok2 hidup subur tapi kadang2 ada juga pokok yang mati.

Zaitun said...

cikmanggis

Mana ada masa dengan orkid kalau dah ada pengganti yang lebih istimewa.

Maryam dah pandai berborak.

Acik Erna said...

Al Fatihah.
bunga orkid zai..memang cantik..

Zaitun said...

Nieda

Orkid kak Zai ada yang tak berhenti berbunga tapi ada juga yang tak berapa nak subur.

Zaitun said...

MulutPayau

Cuba amalkan siram dengan air beras dan satu lagi kalau ada serbuk teh yang dah diguna taburkan aje kat pokok dia.

Zaitun said...

azieazah

Susah hubby nak lupakan.

Macam pelakon dulu2 kan taruh bunga kat telinga hehehe...

Zaitun said...

Acik Erna

Cantik ke? terima kasih.

aNIe said...

Kak cantik bunga orkid kat taman akak tu... anie tak rajin tanam orkid... mertua anie rajin... banyak bunga orkid dia...

Al-Fatihah buat Amirul... semoga dia tenang di sana...

Kamariah Awang said...

Melihat orkid dapat mengubat rindu.... Semoga roh Amirul dicucur rahmad. Al-fatihah untuk Amirul...Amiin..

saniah said...

salam..cantik orkid tu..teringin nak membelanya..cerewet tak menjaganya?nnt letaklah gambar orkid lagi..suka sgt..dan saya suka blog ni..bnyk cerita ..teruskan menulis ya..:D

Amy Syaquena said...

cantinya orkid2 tue...

sal said...

seronoknys tengok bunga2 zai..
sejuk mata memandangnya..

Zaitun said...

Kamariah Awang

Bunga orkid boleh merangsang fikiran sebab bunganya cantik dan tahan lama.

Zaitun said...

aNIe

Mungkin anie suka masak kot,Kak Zai suka orkid sebab bunga dia tahan lama.

Zaitun said...

saniah

Salam kembali...terima kasih sudi singgah.

Suka orkid juga ya,bunga dia cantik kan,berbagai warna dan tahan lama.

Zaitun said...

Amy Syaquena

Salam...terima kasih sudi singgah.

Suka ya...

Zaitun said...

sal

Pokok2 kan boleh jadi terapi.Bercakap dengannya seolah2 kita melepaskan perasaan.

Kakzakie said...

Ialah huby Kak Zai terasa sangat kehilangan sebab dia dah sayang. Moga rohnya tenang di sana

Kakak suka sangat bunga orkid tapi tangan kakak nie tak sejuk macam Kak Zai cantik berbunga. Kakak punya daun aje yg banyak

Zaitun said...

Kakzakie

Hubby memang sayang dan terasa sangat kehilangannya.

Cuba kakzakie siram selalu dengan air beras lepas tu kalau ada serbuk teh yang dah diguna taburkan kat pokok dia.

Nieza said...

cantiknya orkid kak zai ni...dulu kat kg ada tanam tapi dah lama mati.

al-fatihah buat arwah adik amirul.