Wednesday, July 01, 2015

Silap Jalan Jumpa Sesuatu.

Assalamualaikum...

Balik dari Terengganu semalam asalnya nak ikut Gua Musang walaupun sekarang sudah ada highway. Banyak yang boleh dibeli sebab ditepi jalan ramai yang menjual macam2 barang. Tak tahu macamana hubby nampak satu simpang, ada signboard menunjukkan Kuala Berang. Jalan ini belum pernah kami lalui selama berulang alik ke Terengganu.

Signboard 49 kilometer Kuala Berang. Jalan punya jalan nampak lagi signboard 81 KM. Jalan lagi nampak 100 lebih KM. Akhirnya dekat 2 jam kami membuang masa baru sampai ke Kuala Berang. Bayangkan dengan masa yang sebegitu lama sudah berapa jauh kami sampai kalau ikut Gua Musang atau highway.

Jalan yang kami lalui adalah kawasan felda. Dikiri kanan jalan pokok kelapa sawit. Jalan pulak sempit dan banyak yang rosak berlubang. Sayup mata memandang tak jumpa penghujung. Yang paling takut terlalu banyak lori yang besar dan panjang termasuk lori kayu balak. Rasanya belum pernah saya tengok balak sebesar itu diatas lori, mungkin berusia ratusan tahun. Jalan yang kami lalui itu juga adalah kawasan hutan simpan. Saya tak ingat nama dia.

Lagi setengah jam nak sampai ke Kuala Berang kami jumpa sesuatu yang boleh dikongsikan. Saya tak pernah tahu tempat ini. Nama tempat tu Kenyir Elephant Village. Dari parking kereta perkampungan itu nampak diatas kawasan bukit. Apa yang saya nampak terdapat satu bangunan kayu mungkin boleh dipanggil menara yang agak tinggi.

Menurut pekerja yang sempat saya tanya didalam perkampungan ini ada banyak gajah peliharaan dan kalau ramai pengunjung yang datang akan ada pertunjukan. Bayaran masuk rm30 untuk dewasa. Nak masuk ke dalam perkampungan kena naik jambatan gantung. Saya nampak dari bawah agak panjang juga jambatannya. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah ke sini untuk mencuba.



Saya tak masuk ke dalam dan ini aje yang sempat saya klick.

Disebabkan mencuba laluan yang belum pernah diterokai kami jumpa sesuatu yang boleh dimasukkan ke dalam list cuti2 Malaysia.




9 comments:

AMIIZAA said...

salams kak zai

menariknya...tak pernah tahu & mcm tak ada liputan dari mana2 majalah/akhbar

paridah said...

bagus juga melalui perjalanan yg menemukan pandangan yg xdisangka..kak pun xtahu tempat ni ada tempat gajah khusus.

saniah ibrahim said...

segala kesulitan tentunya terubat bila dapat mengetahui sesuatu yang baru....

Nieda ramly said...

menarik
macam di chiangmai, gajah dan Thai berpisah tiada.
mereka tahu mengeksplotasi binatang itu untuk mendapatkan duit daripada pelancong.

Nieda ramly said...

menarik
macam di chiangmai, gajah dan Thai berpisah tiada.
mereka tahu mengeksplotasi binatang itu untuk mendapatkan duit daripada pelancong.

Kakzakie said...

Siapa sangka kan Kak Zai.
Kira tak rugilah membuang masa meredah jalan yg panjang.
Lain kali boleh bawa adik ke sini. Adik kan suka adventure:)

Nooriah Abdullah said...

mmg dah ALLAH tentukan tu kan, alhamdulillah happy ending kan kakzai...

hainom OKje said...

Kak Zai ni mesti ikut cik abe meeting kan hihi....syok betui!!!
Tak perlah kak Zai sesekali buang masa bukan selalu pun...dapat gak berdating dalam kerete lama sikit hihi...
Alah Kak Zai kalau setakat nak tgk elephant kena gi Kuala Berang mmg taklah rasanya Pak Jilap tu huhu

Seo Ninja said...

your article is this very helpful thanks for sharing....................:)

Obat Pembesar Penis
Vimax
Vimax Asli
Vimax Original
Vimax Canada
Viagra
Alat Pembesar Penis
Pembesar Penis
Obat Kuat
Perangsang Wanita