Monday, June 29, 2015

Berbuka Bersama Ahli2 Projek.

Assalamualaikum...

Bersiaran dari Terengganu. Macam biasa mengikut hubby outstation. Semalam ada berbuka puasa bersama orang2 yang terlibat dengan projek yang hubby kendalikan. Ramai yang datang termasuk ahli keluarga masing2.

Saya datang agak lewat sebab bertolak dari rumah pun lewat sikit ditambah pulak dengan lori balak yang banyak dijalan raya. Walaupun lambat tempat duduk memang disediakan dan makanan pun masih banyak. Disebabkan waktu berbuka telah sampai saya dan hubby terpaksa makan kurma dan minum air yang dibekal dari rumah dalam kereta.

Ketika kami sampai ada diantara ahli yang dah nak balik sebab nak solat maghrib dan terawih. Ada diantara mereka orang tempatan dan yang datang dari luar bolehlah buat solat jamak. Ini tahun kedua saya menyertai berbuka puasa bersama mereka. Seronok sebab dapat berkenalan dengan ahli keluarga. Tahun lepas dibuat direstoren yang sama. Saya lupa nama restorennya dan disebabkan datang lewat tak ada masa nak ambik gambar.



9 comments:

AMIIZAA said...

salams pagi kak, menjenguk akak:)

Kakzakie said...

Bestlah Kak Zai dpt menikmati juadah org T'ganu.
Kakak suka masakan org sana sedap-sedap:)

azieazah said...

Sekali sekala ubah angin ubah selera iftar di luar memang seronok. Jumpa kawan kawan baru pula. Saya belum berpeluang lagi nak berbuka kat luar...

saniah ibrahim said...

assalam kak zai,bertemu semula kita ...rinduuu
seronok tentunya bila berbuka bersama kawan2 dan rasa makanan dari daerah yang berlainan.

paridah said...

wah sampai ke terengganu berbuka puasa...jauh tu...mmg sedap masakan di sana.

LadyBird said...

Akk dtg trg brp hari?

NEKCIK said...

wah Zai..jauhnya beriftar...tapi seronok jugak terjah terjah tempat orang ni..boleh rasa kelainan selera kan

Nieda ramly said...

jauh beriftar nasib baik sempat lagi sampai. mesti makanan sedap2 selera pantai timur

Nieda ramly said...

jauh beriftar nasib baik sempat lagi sampai. mesti makanan sedap2 selera pantai timur