Tuesday, June 16, 2015

Rindu tapi Serba Salah.

Assalamualaikum...

Tiba2 fikiran saya melayang bila saya pegang dan mengeluarkan alat2 solek dari beg ini. Si adik beli masa dia pergi Uk tempohari. Rupa beg ini macam envelope siap ada cop stem lagi. Saya gunakan beg ini untuk menyimpan bedak dan alat2 solek saya.





Tulisan dibeg itu membuatkan saya termenung sekejap. Hubby ada mengajak untuk pergi berdua tapi saya menolak. Rindu untuk ke sana sudah pasti tapi mengenangkan anak2 yang ditinggalkan tak sampai hati. Biarlah saya lepaskan peluang ini untuk sementara waktu.

Kata hubby buat masa sekarang dia tak mampu untuk pergi beramai2 sebab baru saja menggunakan duit untuk betulkan rumah. Lagi pun Mimi baru aje memulakan kerja. Perbelanjaan untuk ke sana pun amat tinggi memandangkan currency kita yang terlalu rendah. In syaa Allah jika ada rezeki saya akan ke sana juga nanti.

P/S: Kepada semua rakan2 diluar sana khasnya rakan2 blogger saya menyusun sepuloh jari meminta ampun dan maaf jika ada kata2 dalam penulisan  saya yang menyinggung perasaan. Harap dibulan yang mulia ini kita dapat menjalankan tanggung jawab lebih banyak dan lebih baik dari sebelumnya. Kita sedia maklum ganjaran yang diterima adalah berganda2.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak buat semua.






11 comments:

Nieda ramly said...

SAYA PUN SAMA KAK ZAI ...MEMOHON MAAF ATAS KESILAPAN DIRI YANG SEDAR MAU PUN TIDAK SEDAR. SIAPALAH KITA HAMBANYA YG LEMAH

Nieda ramly said...

SAYA PUN SAMA KAK ZAI ...MEMOHON MAAF ATAS KESILAPAN DIRI YANG SEDAR MAU PUN TIDAK SEDAR. SIAPALAH KITA HAMBANYA YG LEMAH

Kakzakie said...

Begitulah bila berjauhan dgn darah daging Kak Zai
Kalau boleh terbang tanpa kos tinggi memang boleh aje selalu pergi kan..

Dari kakak juga mohon kemaafan moga ibadah kita dibulan ramadhan diterima Allah. Amin.

Acik Erna said...

Selamat menyambut bulan ramadhan zai.
Insyaa Allah ada masa nanti dapat la zai melepaskan rindu

makchaq said...

Sama2 kita bermaafan kak Zai..
Bila anak jauh memang rindu.. insyaAllah ada rezeki ke sana nanti..

mardiana abu darin said...

Insyaallah Kak...suatu hari nanti akk pasti sampai di sana.

Salam Ramadan Kak.....

Sura Mohd said...

Assalamualaikum Kak Zai..lama tak jenguk sini..
Perasaan rindu pasti membuak buak nak berjumpa ngan ank kan kakzai..
Sura ..anak masuk kolej pon dah rindu cam apa..
Salam Ramadha buat kakzai sekeluarga..:)

Sweetie said...

Salam Ramadan juga buat kak Zai dan saya juga mohon maaf andai ada terkasar bahasa atau telepas kata sepanjang saya memberi komen di blog kak zai. Betul kak zai, memandangkan nilai RM yang terlalu rendah buat saya risau juga sebab raya ni saya sekeluarga akan ke UK meraikan aidilfitri dan menyaksikan majlis graduasi anak saya pada raya keempat. InsyaAllah!

paridah said...

salam ramadan zai maaf zahir batin selamat berpuasa...anak tersayang yg jauh dimata tentu sgt dirindui tambah di bulan mulia ini...

Bunda a.k.a KN said...

Salam ramadhan kak zai...sama2 kita perbanyakkan amalan kebaikkan di bulan mulia ini..

Jari Manis said...

Salama Ramadhan dan selamat berpuasa kak Zai..kosong kosong :-)