Monday, June 01, 2015

Si Comel

Assalamualaikum...

Dulu setiap kali saya ke rumah seorang kawan suka tengok kucing yang dia bela. Kucing tu berbulu tebal ekor pendek macam bersanggul dan badannya rendah. Asalnya jiran kepada kawan yang bagi tapi kawan tu pulak nak bagi pada hubby. Setiap kali hubby datang nak ambik anak lelakinya akan sorokkan dalam bilik, mungkin dia sayang nak bagi tapi tak berani nak cakap.

Sudah beberapa kali dia beranak tapi anaknya tak pernah hidup. Setiap kali beranak tak pernah banyak selalunya hanya satu kadang2 aje dua ekor. Saya pesan dengan kawan kalau dia beranak saya nak anak dia. Baru2 ini dia beranak lagi tapi cuma seekor. Pesan lagi dengan kawan supaya tolong jagakan. Alhamdulillah kali ini anak kawan saya betul2 jaga dengan memastikan anaknya mendapat susu dari ibu dia.

Selama ini bila dia beranak dia akan tinggalkan anaknya tanpa diberi susu. Kadang2 bila dipaksa dia pijak anaknya. Kali ini anak kawan saya baringkan dan letakan anak dia supaya dapat menyusu dengan sempurna. Kena pegang dan jaga selama dia menyusukan. Harap sangat dapatlah anaknya membesar supaya saya dapat mengambilnya bila sudah boleh dipisahkan dengan ibu dia.









6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang comel lah Kak Zai..
Kucing macam ni memang beranak sikit ajer..
Kakak saya ada juga bela kucing comel macam ni..
Paling banyak pun 5 ekor anak yg dilahirkan..
InsyaAllah akak zai dapat anak kucing ni..

paridah said...

comelnya...kecil sgt anaknya mesti rapi dijaga tu ...dptlh zai bermain dgn meow yg comel ni.

mamawana said...

Gebusnyaa..

Amie said...

Hihiii... kelakarlah tengok anak kucing tu menyusu!

hainom OKje said...

Cantiknya bulu dia Kak Zai......Hihi....betul kata Amie tu gambar dua last tu mcm kelako pulak. Bukan main lagi style mak dia baring hihi

Sweetie said...

Saya suka tengok je kak Zai, nak belai2 atau bela tak mahu... kalau saya duduk atas kerusi dan kucing datang nak gesel2 badannya kat kaki saya, saya akan angkat kaki tinggi2... geli geleman.