Thursday, June 11, 2015

Kampung Morten.

Assalamualaikum...

Tengok betapa cantiknya kampung Morten sekarang. Dapat subsidi dari kerajaan untuk cantik dan seragamkan rumah. Tentu ada yang tak tahu dimana kampung Morten tapi kalau tanya pernah tak naik cruise kat Melaka? Ada yang sudah selalu pergi. Kalau nak tahu rumah2 traditional yang atapnya berwarna merah dikelilingi sungai laluan bot itulah kampung Morten.






Sekarang disekelilingnya pula berdiri teguh bangunan/ hotel yang bertaraf 5 bintang. Sesiapa yang nak bercuti booking aje mana2 hotel yang disukai. Ianya terletak ditengah2 bandaraya. Kalau nak jalan2 atau makan2 senang aje nak dituju.

Tahun 1977 atau 1978 tak berapa nak ingat satu rombongan menjejaki kampung Morten. Nak tahu kenapa? Jodoh abang kedua saya bertemu gadis kampung Morten. Dari situlah saya kenal sangat dengan tempat ini. Masa itu tempat ini tidak ada apa2 yang special cuma yang ada berdekatan adalah sebuah kedai yang dipanggil Courts Mammoth.

Bila saya berkahwin dan punya anak
destinasi cuti kami wajib ke Melaka dalam setahun. Masa itu kami selalu tinggal di Shah's Beach Resort berdekatan dengan laut. Sekarang kami jarang bercuti ke Melaka melainkan membawa keluarga atau rakan2 yang nak melancung.

Melaka sudah menjadi kampung kedua disebabkan dua orang anak saya menuntut disini. Awal kemasukkan anak2 ke Uni setiap minggu berkampung untuk menyesuaikan anak2 dengan tempat baharu. Begitulah seterusnya sampai adik pula menjejaki kakak belajar di negeri Melaka.

P/S: Saya berada di Swiss Garden Hotel Melaka (selak langsir nampak Kg Morten) mengikut hubby seminar. Bukan bercuti cuma tumpang sekaki untuk berehat.




14 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

seronok beercuti di melaka. Lepas seminar boleh jalan-jalan.

Sweetie said...

Tak pernah lagi sampai tempat ni kak Zai. Tak reti sebenarnya nak memandu masuk melaka. Setiap kali masuk sana, sesat.

Nooriah Abdullah said...

bila saya nak sampai melaka ni kan angan2 dulu lah

Nieda ramly said...

tumpang sekaki pun alhamdullillah

Nieda ramly said...

tumpang sekaki pun alhamdullillah

NEKCIK said...

asalam Zai..nekcik dah lama intai homestay kat kampong morten tu..bila call penuh jer

Normala Saad said...

Saya teringat baca artikel pasal Kampung Morten atau kampung Potugis ya? sekitar tahun 90an dulu.Teringin nak melawat ke Melaka tapi sampai sekarang tak sampai2 lagi

paridah said...

Melaka terlalu maju berbanding dulu...pernah ke sini awal 80an...suka sngat melewati jalan2nya yg berpemandangan indah dgn kampung berumah tradisi yg unik cantik bentuknya...la ni xkelihatan lagi...nk tengok rumah melaka di kampung morten tapi kecil2 saja...

ANIM said...

Menarik kalau kita tau sejarah satu2 tempat yg dikawati. Baru ada feel kan?

Bunda a.k.a KN said...

Pada thn 2011 bunda pernah ikut rombongan jiranita ditempat bunda ke Melaka..byk tempat kami melawat, salah satunya naik cruise sg melaka ...nampaklah kpg morten tu...tapi tak singgah pun..

Rasa nak pegi lagi... Salam Ramadhan Al Mubarak kak zai...

aizamia3 said...

Saya sendiri pun jarang nak berjalan di bandar Melaka.. tapi lepas ni, tiap kali balik kampung, akan kuusahakan untuk berjalan di bandar Melaka.. ;)

anajingga said...

salam ukhwah, ana pun suka pada keunikan kampung mortem ni kan, cantik seni bina rumah yang ada disini :)

Kakzakie said...

Sambil menanti en abang meeting Kak Zai merenung luar jendela mengenang masa-masa lalu. Kalau tempat itu jadi tempat anak-anak belajar memang kita akan selalu ke sana Kak Zai - walau jauh bila dah selalu terasa dekat kan..

Mizz ErMa said...

kitorang pon selalu jugak ke melaka sebab adik bongsu sekolah menengah kat sana..hehe