Wednesday, June 24, 2015

Dessert Stand

Assalamualaikum....

Hari ini genap seminggu kita berpuasa, rasa sekejap aje. Apa agaknya menu rakan2 nak masak. Bulan puasa ni walau pun penat tetap luangkan masa untuk buat hidangan yang sedap2 tambah pulak ada anak2 yang berpuasa. Yang baru nak belajar puasa lagi banyak kehendaknya tapi bila dapat nasi masa berbuka semua makanan yang lain tinggal. Harap jangan ada pembaziran ya.

Masa pergi beli barang tempohari ternampaklah benda kat bawah ni. Tengok harga berpatutan, tangkaplah satu. Nanti adalah sedikit kelainan dimeja bila raya. Raya jauh lagi dah berangan nak sediakan menu. Kalau rajin nanti bolehlah hidangkan cupcake atau muffin. Budak2 tentu suka hendak pulak yang ada berbagai warna. Rasa macam cantik dan tak jemu tiap tahun guna bekas kuih yang sama kan. Hubby selalu juga tegur sebab saya suka sangat membeli bekas kuih.




Selamat berbuka buat semua rakan2.



12 comments:

NEKCIK said...

Tulah namanya pompuang Zai..mmg x jemu membeli..nekcik tang lain lain x kisah sangat..tapi bab perkakas dapor ni mmg mudah jer tergoda

Sweetie said...

Kak zai, seminggu dah kita puasa tapi saya cuma memasak pada hari sabtu dan ahad saja... hari2 lain saya berbuka di rumah kakak... tak sempat nak memasak... balik kerja saja sampai rumah dah pukul 6 ptg...

Sebut pasal raya, raya ni pun saya tak buat apa-apa... sebab tahun ni saya akan beraya di UK dengan anak-anak.

Nieda ramly said...

mesti comel-comel cup cake kak zai nanti

Sura Mohd said...

cantik..bila diletak cupcakes nanti lagi cantik..tak sabar nak tengok..:)

Zaitun said...

Sweety tinggal kat mana nanti lama tu sebulan. Boleh jelajah UK hehe....

Kakzakie said...

Biasalah Kak Zai kalau dah nama mak-mak ni kita tengok yg lain dari lain dan di rumah belum ada mesti nak membeli kan..

Cantik tu - cute:)

paridah said...

cantiknya bekas tu ada keperluan n kegunaannya eloklah dibeli...

AMIIZAA said...

cantiknya kak...saya pon suka mengumpul dan membeli....blh gang:)

Acik Erna said...

Cantik tu zai.tengok gambar tu pun saya suka

Zaitun said...

Sweety tinggal kat mana nanti lama tu sebulan. Boleh jelajah UK hehe....

Bunda a.k.a KN said...

Betul tu letak cupcakes sesuai sangat tu...

aizamia3 said...

sweet je tengok.. ;)