Monday, June 08, 2015

Bertambah Usia Anakku

Assalamualaikum....

Tanggal 9hb June adalah hari kelahiran anak kedua saya. Genap umurnya 29 tahun dan sudah menjadi seorang suami tapi belum ada rezeki untuk mendapat zuriat walaupun telah dua tahun berkahwin.

Disebabkan tarikh lahirnya jatuh hari bekerja saya ajak dia dan menantu datang ke rumah malam minggu untuk makan bersama. Saya masak untuk kami makan anak beranak aje. Saya buat ayam bakar, kentang oregano dan salad.



Buat juga sebiji kek tapi sangat2 hampa sebab kurang memuaskan hati. Saya ambil dari resepi yang belum pernah saya buat konon nak mencuba. Rasa memang tak sesedap kek butter yang selalu saya gunakan. Dahlah gunakan Anchor butter sebab sebelum ini bila saya nak membuat kek untuk keluarga saya akan gunakan butter yang lebih elok dan sedap.

Mulanya nak suruh hubby pergi ke kedai Secret Recepi untuk membeli kek sebagai ganti tapi hubby suruh decorate aje kek yang sudah dibuat dan jadikan dia rasa sedap dan cantik. Dengan hati yang tak berapa nak setuju ikut ajelah cadangan hubby supaya tidak ada pembaziran berlaku. Alhamdulillah jadilah juga sebiji kek tapi maaf tak ada gambar.

*Mama, baba dan adik2 mengucapkan selamat hari jadi buat abang semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan zuriat, diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia disamping isteri sampai bila2.



5 comments:

paridah said...

selamat hari lahir untuk anak zai yg kedua tu moga berkat hidupnya sihat walafiat dilimpahi rezeki n impiannya apa saja tercapai...insyaAllah.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum k zai..
Slmt ulangthn klahiran buat anakanda akak...
Moga usia diberkatiNya...aaminn

:)

Sweetie said...

Setuju dengan cadangan suami kak zai tu... dah di decorate cantik2 yang tak sedap pun jadi macam sedap!. Selamat ulang tahun kelahiran buat anak kak zai!

hainom OKje said...

Alahai sweetnya kak Zai ni ....masak tu dah tentulah.....siap buat kek lagi..... Nape tak disnap kek tu Kak Zai....rugi tau penat penat membaking, tp tak de bukti hihi....

aizamia3 said...

Selamat Hari Lahir buat anak akak..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan sihat selalu hendakNYA.