Wednesday, March 21, 2012

Keropok Palembang

Salam...

Kalau sesiapa lalu kat highway utara/selatan mesti ada yang singgah kat R&R Tanjung Malim atau Tapah, kawasan negeri Perak lah. Kalau masuk kat kiosk minuman mesti jumpa keropok ini. Dulu masa kat kampung selalu beli sebab kilangnya tak jauh dari kampung halaman. Arwah mak pun pernah melawat kilangnya di Tanjung Malim.


tinggal satu baru teringat nak ambik gambar

Saya suka sangat makan keropok ini tapi hubby cukup marah bila saya beli. Kalau nak membeli keropok ini kena jauh dari hubby kalau tidak memang tak dapat. Hubby kata keropok ini tak elok dimakan sebab pewarnanya yang terlalu kuat. Pernah sekali anak buah bawa bila datang ke rumah kami makan tengah malam, esoknya bila nak berus gigi punyalah panik bila tengok lidah saya merah menyala, saya ingatkan lidah saya berdarah. Bila saya bagi tau semua gelakkan saya sebab saya betul2 terlupa yang saya makan keropok merah ini.

Nama keropok ini keropok palembang sama macam keropok yang saya makan hari2 kat hotel masa pergi ke Bandung. Rasanya lebih kurang sama cuma di sana warnanya putih dan kecik sedikit, mungkin taklah bahaya kalau dimakan banyak. Yang hairannya kalau betul warna tu bahaya kenapa tak ada orang yang komplain. Dari dulu hingga kini masih lagi dijual, kalau tak percaya singgahlah kat R&R yang saya nyatakan.

 Kadang2 benda yang sedap memang boleh jadi racun tapi pengguna aje yang tak faham2, termasuklah diri saya sendiri....

16 comments:

nyanyisunyi said...

Salam kak zai
tak penah pulak sy beli keropok ni...kalau kt melaka ada juga rupa keropok mcm ni tapi siap digoreng..sedap jugalah tp taklah kuat sgt kaler dia..

Kakzakie said...

Sebab sedap itulah tak ada yg complaint kak zai. Tapi kalau macam en hubby kak zai jenis yg alert dia larang isteri dia aje...

Kakak pun pernah makan keropok ini. Ada yg kuning, hijau dan putih kan

lemongrass said...

Kat sini pun banyak jual keropok ni tapi kaler putih lah. Ada yg dah bergoreng and ada yg belum bergoreng.
Saya ada beli tapi maybe sbb tak pandai goreng, dia tak kembang sgt.

Nieza said...

Assalam kak, saya dah lama tak mkn keropok ni..dulu-dulu kalau singgah rehat kat perhentian memang suka beli kopok ni.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..

Kakya tak pernah makan lagi keropok ni...

Nieda said...

Betul kak zai di Surabaya pun ada. Tapi tak ada kaler2. putih saja tapi rasanya sama saja.

Amie said...

Macam pernah tengoklah rupa keropok ni Kak Zai, tapi betullah kalau colournya begitu.... banyak sangat bahan yang dibubuhnya tu.

Zaitun said...

nyanyisunyi

Salam ida...Keropok ini pun dah siap digoreng, sedap tapi warna dia kuat sangat.

Zaitun said...

KakZakie

Hubby kak Zai memang jenis cerewet banyak sangat benda2 yang tak elok dimakan,mengalahkan doktor pemakanan.

Zaitun said...

lemongrass

Kak Zai tak pernah beli yang belum digoreng.Sepupu kak Zai kata kena goreng 2 kali,pertama goreng jangan sampai masak lepas tu masukkan pula ke kuali yang lain,api mesti perlahan.

Zaitun said...

Nieza

Kesian dia duk jauh, nanti kalau balik boleh beli dan makan banyak2.

Zaitun said...

Deru Ombak

Salam kakya...nanti kalau pergi arah utara cubalah beli.

Zaitun said...

Nieda

Nieda selalu pergi ke sana kan tentu dah biasa makan. Yang ada kaler tu mungkin bahaya.

Zaitun said...

Amie

Kalau kat R&R tu memang banyak dijual,ramai juga orang beli walaupun tau yang warna dia kuat.Mungkin dah biasa makan agaknya.

ainnoraini said...

Saya pernah mkn kak zai... Sedapkan masa tu balik kg asben mmg selalu singgah kat perhentian.. Bila berhenti mcm2 la nk belinya tu... Konon2 nk hilang ngantuk...

Karukord Jagau's said...

sekali2 saya ada jugak beli keropok n i...