Saturday, March 24, 2012

Geram n Risau

Salam...

Minggu luahan rasa...
 
Gambar ihsan dari google.

Perasaan marah, geram, risau dan bermacam2 lagi...mana tidaknya masa dah suntuk sangat. Ceritanya begini dah 2 bulan saya hantar baju yang nak dijahit tapi sampai ke hari ini masih belum ada jawapannya. Yang membuat saya risau baju tu nak dipakai masa majlis kenduri perkahwinan anak sepupu pada 1hb April ini, bermakna minggu depan... 7 hari lagi. Kain untuk buat baju tu sepupu yang bagi untuk diseragamkan dengan orang2 yang ditugaskan dalam majlis itu nanti.

Dah 3 hari saya cal tapi tak dijawab akhirnya saya hantar mesaj sekurang2nya dia baca bila dia gunakan hp. Dapat reaksi tapi jawapannya... MUNGKIN minggu depan baru nak potong...saya TAK CUKUP TANGAN nak jahit...banyak tempahan... ada yang dah hantar 2 bulan...itulah mesaj yang saya terima.....Tak bersyukur Allah swt dah bagi 2 tangan.

Bayangkan perasaan anda bila mendapat respon yang begitu rupa. Saya hantar kain tu bulan Januari. Mustahil tak boleh siapkan sehelai baju kurung yang simple, tak ada manik atau pun sulam. Untuk pengetahuan semua sebelum kain tu saya serahkan dia berjanji boleh siapkan dalam masa 3 minggu atau selewat2nya 15hh March. Saya dah bagi tahu jangan tak siap pada tarikh yang dijanjikan sebab tak mahu menghampakan sepupu saya.

Sebenarnya ini pertama kali saya menghantar baju pada dia, menurut adik ramai yang buat tempahan lagi pun bila saya tengok fb dia banyak juga baju yang dia jahit dan jual secara online. Terpikat dengan gambar2 yang ditunjukan maka itulah sebabnya saya mencuba.

Sebelum ini saya menempah dengan seseorang yang dah biasa tapi satu hari hati ini tersentuh. Bulan December tahun lepas buat tempahan untuk baju saya dan adik, memang selalunya kalau ada yang tak kena saya akan hantar semula untuk pembetulan. Tapi hari itu adik pakai bajunya dulu sebab hari kenduri dah dekat takut tak sempat nak betulkan. Selepas dipakai baru dihantar semula. Bila saya hantar layanannya kurang memuaskan macam tak berapa suka. Itulah sebabnya saya mencuba ditempat baru, konon nak berubah tempat...padan muka....

Ada sesiapa yang boleh tooolooong..............................

p/s; Ada tak sesiapa yang tahu tukang jahit yang tinggal area Puchong, Shah Alam, Subang Jaya atau yang berdekatan, mungkin lain kali saya nak mencuba.

11 comments:

Kunang-Kunang said...

Salam Zai,

Memang mengecewakan kalau macam tu.

Akak dulu tempoh dengan tukang jahit cina, dia ada kedai di Seksyen 16 berhadapan dengan bank RHB bank. Selalunya janji tak pernah dia mungkir.

Sekarang saya dah jarang hantar sebab upahnya terlalu mahal, naik dari masa ke masa, kalau sutera rm75.00 sepasang kalau lining menjejak rm120.00. Sekarang akak hantar pada adik di terengganu untuk dia upah pada kawannya.

Cuma bila akak atau anak nak segera, baru kami hantar tailor cina ni.

azi said...

Salam Kak Zai..
Kesian akak...memang kecewa kak kalau apa yang kita harap-harapkan tidak menjadi sepertinya...:(

Semoga baju akak akan siap dijahit sebelum hari kenduri..sabar ye akak...

Acik Erna said...

assalam zai..dah 2 bulan tak siap..memang saja la tu zai.
saya tak tau area yang zai cakap tu..diseremban saya tau zai..setakat ini tak de masalah..siap ontime.siap manik lagi..tak de la mahal sangat
baju kurung biasa RM35.00 je sepasang
kalau nak manik RM60.00

Amie said...

Kesiannya.... tapi tak dapeklah den nak nolong eh...memang sakit hati dibuat begitu, kami pun banyak kali kena tapi betul kata Kunang-Kunang kalau hantar pada cina, jarang ada rungutan tak berjahut ke, lambat ke... cuma mahal ajelah. Tak kisahlah... jahitan cina memang kemas.

Nieda said...

Ambil kain bagi kat tukang jahit lain. bahaya ni..nanti tak siap pula.

Pn Kartini said...

assalamualaikum kak Zai:)

aduhai...harap2 dibukakan hati tukang jahit tuu jahit baju akak cepat2..
sabar ya kak..

cikmanggis said...

ooo susahla camtu zai..jika tak ada tema boleh beli je ...

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..

Kes berat nih.. Kalau kakya pandai menjahit, dah jahitkan ni..

saniah said...

Tu diaaa antar bln jan bln march ni pun tak siap lg....mmg kes berat nih. Kesian kak zai..harap2 dpt lah siap baju tu ya..

Marina Monroe said...

Salam Ziarah,

heheheehe saya pun kena juga hantai bulan Nov sampai sekarang belum siap. Tiga helai jubah, sabar jer lah..

Sekadar Coretan said...

Susah nak cari tailor yg benar sesuaikan? Saya terus setia dgn tailor saya walau pon dia kini berasa kat Telok Panglima Garang selangor dan saya di Puchong.Jauh tu tapi saya kumpul banyak2 dan hantar sekali.Tapi memang terbaik sebab dulu dia buka butiq di Kelang.Dia bole buat dgn baik walau pon hanya diberi ukuran baju. Tapi nak rekomen pon jauh pulak.