Monday, January 19, 2015

Berat Mata Memandang.

Assalammualaikum...

Pagi semalam saya dan hubby mula bergerak untuk ke Besut, Terengganu. Seperti biasa saya mengikut hubby outstation. Besut bersempadan dengan Kelantan sebab itu kami melalui jalan Gua Musang.

Singgah di Bentong untuk makan tengahari dan juga beli lemang. Kami teruskan perjalanan dan bila sampai di Lipis kereta kami banyak berselisih dengan kereta misi bantuan banjir. Sangat meriah dengan bendera dan sticker yang dilekatkan disetiap kereta. Bukan van dan kereta 4x4 saja malahan lori kontena juga banyak.

Sampai di Gua Musang disepanjang jalan ada pembakaran, banyak asap ingatkan ada yang terbakar rupa2nya bahan buangan yang dibakar. Pemandangan disetiap workshop dan car wash juga dipenuhi dengan kereta2 yang disaluti dengan keladak bekas lumpur.

Bila sampai ke Manik Urai dan Kuala Krai rasa nak luruh jantung apabila melihat banyaknya rumah yang menyembah bumi. Kain baju yang disidai disetiap sudut melambak2 begitu juga dengan barang2 yang tak boleh digunakan lagi bersepah2. Kesan lumpur juga boleh dilihat dibatang2 pokok dan kita boleh mengagak setinggi mana banjir yang melanda.

Sesiapa saja yang melihat boleh menitiskan air mata. Betapa besarnya dugaan yang mereka hadapi. Rumah yang sudah bertahun lamanya diduduki tiba2 lenyap sekelip mata, yang tinggal hanya tapak dan kayu2 yang bersepah.

Sayang saya tak dapat nak ambil banyak gambar sebab tak dapat nak berhentikan kereta dibahu jalan. Jalan yang sempit dan banyak kereta tidak membolehkan kami untuk berhenti. Hanya ini saja yang dapat saya tangkap sebab kami tidak masuk ke kawasan kampong2.

Inilah saja gambar yang dapat saya ambik in shaa Allah kalau nak balik nanti saya akan cuba untuk mendapatkan seberapa banyak gambar.



Menyembah bumi

Kesan lumpur



kat depan setiap rumah ada khemah




13 comments:

Unknown said...

mcm ni kan , klu x dpt bantuan , mmg sedih sgt la kan ... allahu akbar ... semoga mrk terus tabah melalui ujian ini .

Acik Erna said...

dalam khemah tu la mereka tidur rasanya kan zai..

paridah said...

besarnya ujian Allah..insya Allah ganjaran Allah amat besar juga..memujk hati sedih...

Nieda Ramly said...

kak zai , semalam suami saya baru balik dari manek urai dan kuala krai misi menghantar bantuan.entah2 berselisih tengah jalan.

Inani Hazwani said...

allahuakbar. moga allah kuatkan hati mereka dan permurahkn rezeki :)

Kakzakie Purvit said...

Itulah yg sedih Kak Zai. Ditambah pula kini musim sejuk melanda. Bagaimanalah mereka nak bermalam dgn keadaan rumah yg begitu. Sedih:(

Kita semua kena bantu sebab ini ujian buat kita yg tak terkena juga. Jgn buat tak nampak..

saniahibrahim said...

sedih kan melihat keadaan mereka yg kehilangan rumah kan kak zai...
pengalaman kak zai melihat sendiri keadaan mereka tentunya pengalaman yang berharga kan...

Sura Mohd said...

memang sedih...Sura sentiasa menitis air mata klu bukak Fb tengok pasal mangsa2 banjir ni..
Harap2 mereka tabah dan dpt bertahan.:(

Zaitun said...

Mungkin juga Nieda sebab banyak kereta yang membawa bendera n pelekat sticker.

Normala Saad said...

..kesian ya..berat sungguh dugaan ini..tapi syukur mereka redha..

che mid said...

Assalamualaikum kak

Alhamdulillah..dah ada khemah untuk berteduh. Tapi Kuala Krai dilanda kesejukan pula..Allah masih mahu menguji mereka dan kita..

Unknown said...

assalamualaikum Zai, kaknoor tengok gambar pun dah sedih kan, apa lagi Zai yg pergi tengok sendiri, sungguh besar dugaan ALLAH pada mereka..

Jari Manis said...

tak terluah dgn kata2..mmg sedih mengenangkan nasib mereka