Wednesday, January 14, 2015

Kejutan.

Assalammualaikum...

Petang semalam hantar mesaj pada hubby cakap nak cuti masak. Pagi buat gardening terasa macam penatlah pulak. Sejak tinggal berdua ni selalu aje tak masak, makan kat kedai atau kadang2 hubby beli masa nak balik kerja.

Hantar mesaj sekali lagi sebab tak berbalas. Suruh beli pizza yang ada promotion rm5. Saya suka beli yang kecik sebab boleh beli berbagai rasa. Kalau beli yang besar dan berlainan rasa makan berdua tak habis.

Tak lama hp berbunyi hubby call. 'Buka gate'. Dalam hati berdetik ini mesti hubby pergi Harvey Norman. Dah selalu macam tu tahu2 dia angkut barang eletrik. Sangkaan saya meleset bila tengok hubby keluar dari kereta melenggang aje tapi suruh saya ambik barang dari dalam kereta.

Bila saya buka pintu kereta wow...seronoknya. Tau apa yang my hubby beli.
Sembilan pasu orkid, 4 bag sphagnum moss dan 3 batang paku pakis gajah untuk lekatkan orkid. Katanya dia lalu dekat Subang ternampak nursery orkid yang kami pernah pergi.

Hubby pergi dengan rakan sekerjanya. Seronoklah tokey tu sebab kawan hubby pun memborong nak bawa balik ke Besut, Terengganu. Katanya kalau dia datang dengan kereta mungkin banyak lagi dia borong. Datang by flight bawa balik pokok orkid yang kecik2 ajelah.


Inilah orkid yang hubby beli.










Mcm bunga jenjarum







Sama mcm beli kat MAHA


Bercadang nak buat satu lagi rumah orkid. Kebetulan tapak pokok ru saya yang sudah mati bolehlah digantikan dengan rumah orkid baru. Yang bagusnya rumah orkid tu akan dibuat dalam gate.




12 comments:

AMIIZAA said...

salams kak zai,


seronoknyaaaa......saya yg membaca pon terus tersenyummm suka...heehehehe....

suri solehah said...

salam kak zai..aduyai..bestnya dpt kejutan gitu...

Sweetie said...

surprise la tu ya kak Zai! hilang rasa lapar dapat orkid cantik-cantik dari hubby...

paridah said...

wah cantik2 sungguh SEMUANYA MESTI PUAS HATI TU..

Acik Erna said...

Cantik2 orkid tu zai mana tak seronoknya kan

Nieda ramly said...

saya ingat bawa balik pizza...
orkid pun orkidlah sbb itu kecintaan kak zai

Nieda ramly said...

saya ingat bawa balik pizza...
orkid pun orkidlah sbb itu kecintaan kak zai

CintaHati Lina said...

Assalamualaikum...cantik2 nye bunga orkid tu... bestnya kejutan yang terindah tu... Alhamdulillah...

saniah ibrahim said...

wah seronok kak zai ya dpt kejutan orkid yg cantek2 ...tentunya hilang dah fikirkan apa yang nak dimakan.
best lah suami kak zai punya hobi yang sama suka kan orkid.

Zaitun said...

W'salam...suri apa khabar? Lama kak zai tak dengar berita. Blog pun dah lama tak update.

Normala Saad said...

Ohhh..bahagianya rasa. Jeles saya Zai...hahaha...

I-am-Cheeky Kitty said...

Wow, cantiknya! Saya baru nak follow blog Kak Zai. Masih going through your posts. Please do share some tips on where to buy plants for the house at best prices. I pun masih survey-survey untuk hias laman luar rumah.

Do follow me on my blog at http://www.i-am-cheekykitty.blogspot.com.

Take care!