Friday, January 16, 2015

Expired Date.

Assalammualaikum...

Pagi tadi membersihkan peti ais. Bila anak2 balik suka beli barang untuk masakan supaya senang kalau nak masak. Kalau boleh nak penuhkan satu fridge tapi balik pun kadang2 dua atau tiga hari saja.

Bila dah dikemas banyaklah terjumpa benda2 yang dah expired. Nak buat macamana buang ajelah, kalau simpan pun bukan boleh digunakan lagi. Masa membeli tak sedar, main ambik aje. Kalau penghuninya ramai tak apalah boleh masak/guna hari2.

Selain dari barang2 harian saya jumpa juga bahan baking. Tepung, kekacang, choklat, esen, pewarna dan macam2 lagi.


Chocolate chip

Expired 2014 bulan dah tak nampak

Barang buangan 

Tak nak tunjuk semua barang yang dibuang sebab hubby baca blog saya. Marah tu tidaklah tapi mesti dia tegur sebab membazir.


Almond nut



Nasib baik almond nut ni boleh diselamatkan lagi itu pun sampai bulan 2. Almond nut dan chocolate chip ni masih belum dibuka plastiknya lagi.

Tanpa kita sedar banyak pembaziran berlaku dalam kehidupan seharian. 





4 comments:

saniah ibrahim said...

wah banyak juga barang yg dh expired kak zai...kat rumah saya ni biasanya tak sempat nak expired...almaklumlah anak2 sedang membesar ...ada je yg perhabiskan ..

Jari Manis said...

byk tu barang expired..so perlu hati2 sebelu mbeli tu check dulu tarikh expired nya..ada yg jual murah alasan tarikh xpired dh dekat bg yg tahu main beli je sekali lama x tgk buang je

Nieda ramly said...

sayang barang mahal2 nak dibuangkan...

Nieda ramly said...

sayang barang mahal2 nak dibuangkan...