Friday, January 23, 2015

Alahai Sayangnya.

Assalammualaikum...

Salam Jumaat buat rakan2 semua. Semoga hari ini kehidupan dan kesihatan kita lebih baik dari hari2 sebelumnya amin.

Balik dari Terengganu start membelek pokok2 bunga kat laman. Seronok tengok pokok orkid ada yang mengeluarkan kuntum dan ada yang sudah berkembang. Excited sangat tak sedar tangan terlanggar pada satu pasu orkid. Punyalah kecewanya sebab sebelum ini orkid ini mengeluarkan dua kuntum saja tapi kali ini tiga. Tak pasal2 patah dan tinggallah dua saja.


kuntum yang patah

Nampak yang berjuntai tu

Inilah pokoknya


Orkid kat bawah ini ada nampak macam kuntum tapi saya tak pasti sebab belum pernah berbunga. Saya beli anak belum pernah tengok bunga dia. Mungkin ada rakan2 yang ada pokok orkid ini. Adakah ia kuntum atau spark baru?


Tu dia... nampak



Bila balik seronoknya tengok bunga berkembangan dilaman.













9 comments:

AMIIZAA said...

salams kak zai

sayangnya patah huhuhuuhu
subur betul orkid akak

Kakzakie said...

Tak apa patah satu yg lain banyak lagi yg berbunga Kak Zai. Orkid rumah kakak lebih banyak yg tak berbunga dari yg berbunga.. geram jenuh menanti tak ada hasil.

Nur Inani said...

jangan sedih sedih. yang patah tu nanti dia tumbuh balik. hehee

Sweetie said...

Tengok pokok2 orkid kak Zai ni buat saya bersemangat nak mengemaskan kembali taman mini saya...

paridah said...

suka tengok bunga2 orkid yg cntik ni berseri taman zaitun...

saniah ibrahim said...

sayangnya...takpelah kak zai mungkin ia akan berbunga lebih lagi nanti.

JunAina said...

Puas hati bila dijaga dibelai berbunga pula...

NEKCIK said...

Hu..hu patah tumbuh hilang berganti Zai...insyaallah

Nieda ramly said...

bunga kak zai semua gemuk2 . daun pun segar. kak zai guna baja apa