Monday, January 12, 2015

FM

Assalammualaikum...


Fridge Magnet.






Ada beli sendiri, ada adik beradik bagi dan ada yang rakan2 bagi. Alhamdulillah dah bertambah banyak. Ada lagi yang masih belum dilekatkan. Dinding fridge sebelah atas dah penuh kat bawah pun ada juga tapi tak banyak.

Malas nak lekat kat bawah banyak2 sebab kalau ada yang datang bawa kanak2 yang boleh sampai dah tentu berubah tempat. Ada tu yang jatuh terus patah. Sayang kalau pemberian orang.

Bagaimana dengan rakan2 semua? Dah tentu lagi banyak sebab ramai yang rajin melancong. Barang pertama kalau pergi melancong dah tentu fm yang dicari. Selain boleh dijadikan sebagai ole2 harganya pula tidaklah terlalu mahal.



7 comments:

Acik Erna said...

macam yang zai kata la..dah banayk yang jatuh dan tanggal magnetnya..nak buat camana kan zai..anak2 sedara datang memang tewrus kedapur dengan anak2
budak2 memang suka capai..ambik buat main

Sweetie said...

Saya suka simpan FM ni... pemberian dari suami, adik-beradik, ipar dan anak-anak. Kebanyakkannya dari luar negara. Hobi ni di cetuskan oleh anak lelaki saya bila dia membelikan FM sebagai soviner untuk saya ketika dia dihantar sebagai wakil sekolah ke vietnam untuk oliypiad matematik tahun 2009... Sejak itu apabila ada ahli keluarga ke luar negara mereka akan belikan FM sebagai soviner untuk saya.

Kakzakie said...

Kakak pun ada koleksi FM Kak Zai. Suka tengok menepek di pintu fridge.

Banyk dah Kak Zai punya koleksi tu. Cantik!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Penuh sudah FM kak zai tu ye.. cantik2 pulak tu kan..
Betul tu kak zai.. kalau jatuh patah rasa ralat pulak hatikan.. saya punya pun ada yg dah jatuh satu.. dah anak2 tutup peti ais kuat2 huhuhu..

Najib Ariyan said...

Salam...

ada rumah kawan saya memang dinding dia penuh dijadi kan tempat lekat FM nih... dia pakai whiteboard yg boleh lekat tu dan satu board untuk yg dia pegi, satu lagi yg orang bagi... teringin pulak nak buat macam tu... sementara ni lekat kat peti sejuk je lah

paridah said...

wah banyaknya koleksi fm...dh penuh tu kk

AMIIZAA said...

salams kak zai,

kita sama minat kak :)
betul cakap akak, kalau anak2 suka pegang memang cepat aja patah jatuh berderai...mcm anak2 saya....