Friday, July 15, 2016

Hati2 Makan seafood Celup Tepung dipinggiran Pantai.

Assalamualaikum....

Sambungan raya diBesut Terengganu.
Sebelum balik ke Kl kami sempat jalan2 tepi pantai. Pergi ke Pantai Bukit Keluang duduk2 sambil ambik angin laut. Ramai pengunjung ada yang mandi manda bagai. Ingatkan raya orang pergi ziarah rumah saudara mara atau rumah kawan2.

Pantai Bukit Keluang

Esoknya masa nak balik kami ikut jalan sebelah pantai. Singgah di Pantai Penarik sebab nak makan seafood celup tepung. Ramai juga orang walau pun banyak aje kedai2 disepanjang jalan. Kami singgah disatu kedai, cantik kemas dan bersih. Saya dan Mimi terus ke tempat seafood yang sudah siap digoreng manakala hubby dan adik mencari tempat duduk. Terpaksa menunggu makanan lain, yang ada cuma goreng sotong dan udang. Saya suruh Mimi ambik dulu mana yang ada. Saya pula berdiri di sebelah kuali menunggu seafood yg lain masak.

 Pantai Penarik


Masa menunggu inilah terjadi sesuatu. Terus saya tinggalkan dan order kueh tiew sup untuk pengganti. Tunggu punya tunggu itu pun tak datang sampailah kami buat keputusan bayar mana yang sudah diambil dan beredar. Masa membayar dikaunter saya ceritakan apa yang saya nampak pada tokey semasa menunggu didepan kuali.

Ada tak yang nak tahu apa kejadian itu? Dua beg minyak dalam plastik dicelupkan ke dalam kuali gorengan seafood untuk menambah minyak yang sedia ada. Rupanya begitulah cara mudah yang diamalkan disesetengah kedai makan. Saya ada menegur perbuatan pekerja kedai dan cakap kenapa tak guna gunting untuk membuka plastik. Jawapannya tiada respon hanya muka masam mencuka yang dipamerkan. Tidak hairanlah mengapa zaman sekarang terlalu ramai orang yang mengidap macam2 penyakit. Salah satu penyebab mungkin penggunaan minyak. Minyak gorengan ada campuran plastik.

P/S: Masa kejadian HP dan handbag saya ditangan adik kalau tidak boleh ambik gambar sebagai bukti.





13 comments:

hainom OKje said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin Kak Zai. Bestnya kak Zai dapat jalan Ganu....Mmg makan celup celup tulah yg saya idamkan sejak dari dulu tau Kak Zai.

Hish....apalah diaorang ni kan Kak Zai....ambik jalan mudah aje. Pisau bukan tak de pun

Norhayati Mohd Isa said...

Selamat hari raya kak zai..
Seronok raya ambil angin pantai ye kak zai..
Jalan2 pantai trengganu gitew..

Seafood celup tepung ni memang popular kat sana kan..
Memang teringin nak makan..
tapi tak sangka ada pulak setengah2 kedai buat macam tu kan..
nak ambil jalan mudah ajer..
patut pun kak zai tinggalkan..
ambil makanan lain..

Sweetie said...

Mmg sebelum ni dah heboh pasal ni kak Zai. Tujuannya buat begitu untuk merangupkan lagi gorengan depa. Saya caya tak caya je lah... Tapi bila kejadian ni berlaku depan mata kak Zai sendiri, memang kompomlah saya percaya seratus peratus.

Mazlan Othman said...

Peniaga ni hanya fikirkan keuntungan saje tanpa menghiraukan kesihatan pengguna.

Qhaifa Nur said...

Selamat hari raya...

Marah juga dgn apa terjadi..nk untung lebih tu...nasib baik nmpk

paridah said...

NAMPAKNYA KENA HATI2 MKN DI LUAR NI ZAI...ADA PENIAGA YG HANYA PENTINGKAN KEUNTUNGAN SEMATA SPT N3 ZAI TU...BERANI JUGA ZAI MENEGUR...

Normala Saad said...

Selamat Hari Raya Zai..
Memang ada setengah pekerja gerai/restoran yang buat kerja mudah. Yang tak basuk bahan makanan pun ada. Main campak dlm kuali terus..kita ngap2 makan...

saniah ibrahim said...

selamat hariraya kak zai
nasib baik kak zai nampak sendiri kan ....
kenapa lah mereka hanya hanya mementingkan keuntugan sehingga tak memikirkan kemudaratan orangramai yang memakannya .Sebelum ni ada juga saya terbaca kat Fb rupanya kenyataan ada depan mata kak zai sendiri.
# kak zai saya ada jenguk instagram kak zai tau...

Kakzakie Purvit said...

Subhanallah... akhirnya kak zai nampa depan mata
Kakak belum jumpa tapi nampak yg ramai dah org viralkan.
Sungguh berdosa mereka yg berbuat begitu kan..

Malinda said...

banyak kali dah terbaca kejadian camni kak...takutnye Allah je yg tahu...diorng yg kuat keje ni memang takde hati perut sungguh...tak berkat rezeki yg ko dapat bila ambil mudah perkara yg bole bawa mudarat pada pelangan :(

NEKCIK said...

asalam Zai..pe kabo..rindu lak nak bersembang..nekcik baru dpt sign in blog ni..tu yg menyepi diri..selamat hari raya ..maaf zahir dan batin ye Zai

Bunda_nora said...

Kalau nak cepat pun jangan lah sampai melibatkan kesihatan pelanggan pulak...sekali pelanggan2 dah tahu perbuatan peniaga macam ni...pasti mereka tak ulang lagi untuk datang makan disitu...

Salam Syawal Kak Zai...

Mummydearie said...

Nak mudahkan kerjalah tu. Kalau ya pun, buatlah kerja dengan ikhlas. Mudaratnya mungkin tak nampak sehari dua tapi kasihan pada pelanggan yang tak tahu menahu.