Tuesday, February 15, 2011

Merajuk

Geram dengan siadik, merajuk sebab tak dapat bawa dia keluar jalan2.Sabtu dan Ahad saya hanya duduk di rumah berkemas luar dan dalam. Walaupun rumah masih belum siap lagi tapi tak mau biarkan bersepah sana bersepah sini.Hari ni cuti lagi tapi duduk rumah juga... mulalah dia tarik muka.

Selalunya  kalau weekend saya akan hantar dia bersama sepupunya ke Sunway Pyramid bermain ice skating, bila nak balik  dia akan cal untuk dijemput, saya tak pernah biarkan dia main sorang2.Salah seorang dari kami mesti menunggu dia kalau sepupunya tak ikut serta...Rugi tak guna kad member katanya... itu saya tahu tapi masaalahnya minggu ni saya agak sibuk.

Sesekali kita kena korbankan sesuatu yang kita dah bayar demi masa.

13 comments:

Mak Su said...

payah jugak kan kita ni kak....nak jaga hati depa... padahal sekali sekala kita memang tak mampu.... hu hu hu

Zaitun said...

Mak Su

Budak2 sekarang dimanjakan sangat nak ikut kata dia aje,sesekali kenalah ikut kata kita pula.

Abdul Munir Sanusi said...

Buat satu swimming pool depan rumah auntie. Bagi adik puas berenang depan rumah. Keh keh keh.

iina said...

kalau saya masa remaja dulu cuti hujung minggu adalah masa untuk kemas rumah dan bersihkan kawasan rumah.. rasanya aktiviti itu lebih berbaloi dari melepak di luar.. lagipun bukan akak tak bagi dia melepak di luar kan.. sesekali apa salahnya duduk di rumah pulak..saya rasa itu dah sepatutnya

Cth macam akak sedang sibuk nak kemas rumah kan.. rasanya lebih baik dia luangkan masa tolong akak kemas rumah tuh setidak2nya dapat ringankan beban.. :)

saya faham sgt kak.. sebab adik bongsu saya lebih kurang cam anak bongsu akak.. hehehe.. tapi kalau saya balik.. memang saya bising suruh dia dgr ckp mak... kalau tak nak dengar memanglah.. hehehe

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Macamana nak buat swimming pool, kolam ikan pun dapat buat untuk beberapa ekor ikan aje.Belum mampu nak beli rumah yang ada tanah luas.Mungkin tunggu si adik jadi doktor dulu kot hehe...

Zaitun said...

iina

Masa kak Zai remaja dulu pun banyak masa dirumah tolong mak buat kerja,kalau umur 15 tahun tu hampir semua kerja rumah dah pandai termasuk memasak.

Sekarang ni kebanyakkan anak2 terlalu dimanja semua tersedia apalagi macam kak Zai suri rumah sepenuh masa.

Siadik memang anak yang dimanja bukan sebab dia anak bongsu tapi lebih kepada sejarah dia yang pernah sakit.Dia tak boleh buat kerja berat2 sampailah sekarang dia masih dalam rawatan.

Berbeza dengan kakaknya kalau balik banyak kerja2 kak Zai yang tertangguh akan dilakukannya tapi tidak berkebun.

kakpah said...

susah juga nak penuhi semua kehendak. kehendak diorang, kehendak diri sendiri...

kak Erna said...

zai..seseali adik merajuk..tak susah ibu nak pujuk..anak ibu..mesti tau cara2 nak memujuknya kan..

Zaitun said...

kakpah

Kehendak diri sendiri pun kadang2 tak dapat dipenuhi,adakala merajuk juga.

Zaitun said...

kak Erna

Kalau siadik merajuk memang tak lama,ajak berborak benda yang dia minat hilanglah merajuknya.

cikceriacorner said...

eheheh...adik..jgn merajuk2 tau..

kesian kat mak ayah..

senyummm..:)

Zaitun said...

cikceriacorner

Merajuk dia sekejap aje,bawa makan KFC terus elok.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Macam-macam ragam anak-anak kita ni kan kak?..

Tak ikut salah , diikut serba salah dibuatnya.. tapi buat yang mana termampu dek badanlah kak.