Monday, February 28, 2011

Restoren Wadi Hadramawt

Semalam sekali lagi saya terjah restoren pak arab tapi yang ni dari Yemen. Masa pergi tu hujan tapi dek kerana dah berjanji dengan anak kenalah pergi juga. Mula tahu restoren ni masa pergi makan kat Al-Rawsha hujung tahun lepas, masa nak balik lalu kat depan restoren ni. Cakap dengan hubby next makan2 kita cuba pula restoren ni.

Nama restoren ni Wadi Hadramawt terletak di jalan Ampang, Kl. Kalau tak silap restoren ni dulu banglo yang diubahsuai  jadi restoren. Pelanggannya ramai sampai kena tunggu untuk mendapatkan tempat. Kalau dibandingkan bangunan dan hiasan restoren, Al-Rawsha lagi besar dan cantik tapi bagi saya nasi disini lebih sedap, harga pun berpatutan.Tapi selera masing2 mungkin tak sama.




chicken madghout


 lamb kebab

coctil wadi hadramawt

turkish coffee

Saya, hubby dan anak2 order makanan yang sama nasi dan kebab, minuman pula mereka lebih suka barbican berbanding air juice. Bila makanan dah sampai mak datuk banyaknya ada roti sampingan lagi. Rasa nak meletop perut dibuatnya.

p/s: Nanti Munir kena rasa, mesti tak mau kalah hehehe...

10 comments:

ainnoraini said...

saye pun sedang rancang nk gi kedai ni kak zaiton nak cube rase...mesti sedapkan...

hari tu ade tengok kat majalah tiga kalau tak silap...

Cikgu Nurin said...

Hmmm...restoran ni mmg best..suka jugak di sini..mmg ramai orang...

Zaitun said...

ainnoraini

kak Zai suka nasi dia sedap sangat dah tu panjang2 pula.

Owh dah masuk majalah tiga ya nanti bolehlah cuba.

Zaitun said...

Cikgu Nurin

Cikgu Nurin dah makan kat sini ya,sedapkan.

Abdul Munir Sanusi said...

Nanti saya rasa Auntie bila balik nanti. Cyberjaya auntie dah tunjuk. Memang sedap. Tapi, still tak boleh lawan Nasi Mandi Syria. Lagi masyuk.


Kalau datang Jordan saya boleh minta cuti dekat doktor untuk bawa auntie sekeluarga jalan. Heh.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Kalaulah ada nasi mandi Syria tu kat sini auntie mesti pergi.

InsyaAllah kalau ada rezeki sampai juga auntie ke Jordan tapi Munir tak lama lagi dah nak balik.

Mama izan said...

Bestkan makan2 diluar bersama anak2..seronok sangat..hilang stress..

Nida said...

Salam Kak zai..

Mak uih, berbelit lidah nak menyebut nama restorannya...

Mesti makanannya sedap2 belaka.. nama kedai pun sedap didengar.. :)

anie,Nagoya said...

alahai....lapo pulak perut tgk masakkan arab ni.tak penh mkn makanan arab.nnt kita blek leh bawak kesana?uuummmm...kalo nak belanjakan sekali pun ok gak...hahaha...muka tak tau malu

azieazah said...

Menu Arab ni memang best. Ayam dia lembut, masak dgn minyak sapi. Saya pernah juga rasa Nasi tu, di Restoren Al Rawsha...