Tuesday, January 18, 2011

Alahai Kerang

Pagi tadi selepas breakfast hubby ajak saya ke Tesco,rasa malas sangat sebab saya tak berapa suka berbelanja di Tesco lagi pun baru aje beli barang2 dapur kat Giant.Kata hubby kalau ada ikan dan sayur yang elok kita beli dan simpan tak payah beli selalu.Tak mahu mengecewakan hubby saya pun sarung seluar,t.shirt, touch up sikit muka terus jalan. Tak payahlah nak lawa2 kalau cuma nak ke Tesco lagi pun tak berapa jauh dari rumah.

Sampai kat Tesco hubby ambik trolley terus serah pada saya katanya ambik ajelah apa2 yang nak.Bab ni saya sangat suka sebab hubby serahkan kuasa untuk berbelanja,itulah specialnya my hubby dia tak pernah kedekut langsung kalau bab berbelanja.Sikap hubby yang suka memberi kuasa ni membuatkan isterinya suka membeli barang2 yang tak mustahak dan ada benda2 yang langsung tak dipakai atau digunakan.

Saya pun  dengan  lenggang kangkung menghayun trolly ke kiri dan ke kanan sambil fikir apa benda yang nak diambil.Sambil jalan nampak tomato,cili, dan kentang ambik dan timbang,barang2 lain semua dah beli masa pergi Giant tempohari, hubby pula pergi tengok ikan dan sayur.Masa jalan2 tu ternampak lah saya kerang terasa dah lama tak makan. Kerang sekarang kecik2 belaka tak macam dulu kerangnya besar2 cukup satu untuk satu suapan.Pikir punya pikir ambik ajelah tapi kalau kaut dengan senduk mesti banyak masuk yang kecik2. Saya pun dengan rela hati sinsing lengan terus pilih.Tetiba hubby dari belakang terus tegur sebab hairan melihat isterinya memilih kerang dengan tangan.Saya pun suruh hubby ambik gambar kerang hanya dengan menggunakan hp saya.Kalau ikutkan jarang sangat saya nak pegang benda2 ni dengan tangan tapi dek kerana teringin terpaksalah saya buat. Dah tu terus pergi kat kaunter untuk  membayar dan balik rumah. Petang nanti barulah saya rebus kerang ni untuk dimakan bersama kicap yang dicampur dengan cili dan limau.

kerang halus

24 comments:

azieazah said...

KAK ZAI..
untung hubby serah kuasa beli.
tidak dinafikan ikan sayur segar-segar di Tesco sebab selalu ditop up.

Saya suka beli udang di sana, segar. Pun pilih dgn tangan juga.

Pun minat gak kerang, biasanya saya masak Kari. Masak dgn kulit sekali. Macam menu kampung, tapi itu yang sedap.

anie,Nagoya said...

kerang halus?lbh kecil dari kerang biasa tu ke?kita tak suka mkn kerang n segala kerang.

hubby kita pun sama.cam kk Zai jg le.brg yg tak perlu pun beli.tp skrg nak hati2 sikit.n tak mahu hubby manja2kan kita.cewah....tp dia kalo nak beli sesuatu akan tnya kita dulu.tak ksh le keperluan diri dia ke...

ckLah@xiiinam said...

ckLah memang penggemar kerang-kerangan....tapi sekarang, tak boleh lagi. Di larang.....

kak Erna said...

salam zai..cara kita makan kerang sama..suka dengan kicap..potong cili api skit dan letak air limau..makan dengan kerang rebus pana2..sedap..

Abdul Munir Sanusi said...

Lenggang kangkung itu adalah istilah yang baru. Fowhhh!

ibuintan said...

kerang rebus, makan cecah kicap berlada memang best...feberet suami tu, sekilo dia boleh ngabiskan sensorang tapi tak makan nasi la...

Zaitun said...

azieazah

Sifat semula jadi hubby bagi apa saja tapi ada tak eloknya.
Kalau hari sabtu dan ahad ramai orang kebanyakkannya beli ikan dan sayur.
Next time kak Zai nak cuba masak dengan kulit.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Best kalau dimanja kan... tapi ini lebih kepada dimuakan,rosak jadinya.

Sedap tau naknya kerang bakar.

Zaitun said...

ckLah@xiiinam

Kalau makan jadi mudarat pun tak elok menyusahkan pula nanti.

Zaitun said...

kak Erna

Memang sedap tapi kalau makan kat luar saya lebih suka order kerang bakar.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Masa dulu2 orang kata lenggang lenggok tapi zaman dah berubah hehehe...

Zaitun said...

ibuintan

Ramai rupanya peminat kerang ni,dulu harganya murah tapi sekarang dah mahal berat kulit dari isi.

Mama izan said...

Salam k.zai..
izan pun suke sgt mkn kerang rebus,tapi semlm beli nasi lemak sambal kerang, xdpt mkn kerang busuk..

kakpah said...

betullah. haritu kakpah beli kerang buat rendang, kecit je... tak puas makan. dulu gemuk2.

Zaitun said...

Mama izan

Salam kembali...terima kasih sudi singgah.

Selalunya yang jual nasi lemak tu diorang guna kerang yang dah siap kopek bukan yang fresh tak sedap rasanya.

Zaitun said...

kakpah

Saya rasa kerang sekarang kebanyakkannya dibela,belum cukup matang dah dijual,nak untung cepat tu sebab kecik2.

iina said...

Kerang rebus sedap kak.. kalau goreng kuetiaw letak kerang pun best ;)

Nida said...

Salam Kak zai..

lamanya tak makan kerang.. peberet Nida tu.. kat NZ ni takde kerang :(

Zaitun said...

iina

Kalau buat mee kari pun sedap masukkan kerang kan.

Zaitun said...

Nida

Salam Nida..Samalah macam kak Zai tapi sekarang kecik2 tak puas makan.

Kalau macam tu bila balik kena makan banyak2 supaya tak teringat.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak zai,


tak pernah saya pilih guna tangan kak. Senduk aje.. hehehe..



alaah kak... bestnya ..

barang dapur dari poket sayalah.. dan yang lain-lain banyak2 dan besar2 dari poket suami. hehe..


Tapi bila mood abg baik keluar dari poket dia, saya serba salah nak ambil barang macam biasa...

Zaitun said...

azrina03.07

Kalau guna senduk banyak yang kecik2 masuk tu sebab kak Zai pakai tangan.

Nama pun suami isteri kenalah kongsi pendapatan,dulu masa kak Zai kerja pun macam tu juga,ada barang yang kak Zai beli sendiri.

cikceriacorner said...

a'ah la kak..
kerang makin halus sekrg ni..nak mkn pun xpuas..heheh

Zaitun said...

cikceriacorner

Tu pasal lah kak Zai pilih dengan tangan,kalau guna senduk dapat banyak yang halus.