Makan tengahari tadi saya bersembang dengan siadik... dia bercerita pengetua sekolah dia dah ditukarkan kesekolah lain...hairan pula belum sampai 6 bulan dah berpindah. Pengetua yang baru ni perempuan manakala yang lama lelaki, berhenti kerana bersara.
Menurutnya hari ni lama betul assembly dari pagi sampailah matahari mula nak tinggi. Nampak tak muka adik sampai hitam katanya.Saya senyum aje...baru kena jemur sikit dah mengeluh nanti putih balik muka tu kata saya. Itu tak apa lagi sambungnya...yang adik tak berapa nak seronok setiap kali assembly mesti nak kenalkan pengetua cemerlang ada DG ini ada DG itu....seharusnya ke setiap kali assembly nak diberitahu award yang beliau dapat, rungutnya.Saya senyum lagi...ikut individulah kalau dia nak cakap selalu apa salahnya tapi masa mama sekolah dulu mama tak tahu pun pengetua sekolah mama ada apa2 award sebab kalau essembly dia cakap hal yang penting aje.Pengetua sekolah mama dulu berbangsa sikh lulusan Kirby tau. Saya mula buka kisah masa saya sekolah dulu.
Masa mama sekolah dulu jarang ada murid yang berani melawan cikgu tak kira dia anak siapa, kalau cikgu marah, denda atau pukul tak ada ibubapa yang datang ke sekolah complain.Kami cukup hormat dengan cikgu tak kira dimana kalau terjumpa mesti tegur walau pun cikgu tu baru aje marahkan murid. Suap nasi sambil tu pandang muka saya...katanya lagi tapi sekarang perangai budak2 menakutkan kan mama.Ada tu pakai tudung singkat dah tu pakai baju sekolah ketat sesangat tulah buat cikgu marah katanya lagi.Kan mama dah kata murid2 dulu kebanyakkannya akur dengan disiplin sekolah termasuk ibubapa pelajar, memang jauh bezanya.
Habis makan ...seronok kalau dapat belajar kat sekolah abang AAA....tu kan mama katanya, melopong...ya ampun... mama memang tak mampu nak antar adik kesekolah swasta ...yurannya ribu riban satu semesta. Abang tu bolehlah ibubapa dia berpangkat tinggi, lebih dari itu dia boleh bagi kat anak dia.Tak jawab... terus basuh tangan dan naik keatas dan saya pula mengemas dapur dan membasuh pinggan mangkuk yang berbaki.
Alahai anak... rupanya masih ada yang kurang....
14 comments:
salam zai..ada lah yang tak kena tu.nanti lama2 dia dah seronok..tak sebut dah nak kesekolah lain..
kak Erna
Salam Erna... tak pernah pulak dia cerita yang sekolah tu tak seronok,kawan2 ok eje,cuma dulu dia sesi petang tak ramai macam sesi pagi.
Emm zaman sekrang sekolah dah berubah banyak.. baik cikgu.. murid.. pelajar semuanya.. mmg tak nafikan ramai yg nak sekolahkan anak di swasta.. kwn2 saya yg balik dr sini semua pakat nk masuk anak ke sek international.. yelah kalau ada duit apa salahnya..
Sebenarnya.. sekolah kat mana2 pun lebih kurang jek.. cuma yg bezakan persekitaran dia.. dan kawan2 yg dia ada.. selagi sekolah tuh masih ok.. dan cikgu2 yg ada masih nak mengajar.. teruskan jelah.. ilmu dituntut tak kira dimana.. kan kak ;)
salam kak zai,
mana2 sekolah juga sama, yang penting yang empunya diri samada hendak belajar atau tidak
iina
Selalunya kalau balik dari luar negara memang susah nak adopt pembelajaran disini,nak ambil sedikit masa,tapi lama kelamaan biasalah tu.
ibuintan
Salam ibuintan...memang betul semua sekolah sama,kitalah yang sepatutnya memainkan peranan.
alahai..
dengar jelah keluhannya..
awal tahun belum bersemangat..
n belum dpt suaikn diri sepenuhnya..
lama2 ok kot..
salam..
akak..saya setuju ngan ibuintan..sekolah mana2 pon sama..cume kene pandai bawak diri..:)
sekom.
sabau ya kk Zai.anak mcm2 perangai.eh?!..ada bkd g sek pakai ketat2?...bkn ke tuk menimba ilmu?rasa malu le.sek barat pun mash displin dari segi pemakaian.nape ya?moga dia org muka mata n otak tuk berfkr....
Macam-macam ragam dan kehendak....
Sabor je lah.
sal
Mungkin sebab tahun ni dia sesi pagi dah tu ada murid dari kelas lain masuk kekelas dia,belum nak serasi kot.
cikceriacorner
Salam...ha'ah sekolah kat mana2 pun sama dah nama pun satu M'sia hehehe...
anie,Nagoya
Dalam diam dia kenakan kak Zai.
Pelajar perempuan pakai baju ketat manakala pelajar lelaki pula seluar ketat macam2 gaya.
azieazah
Itulah kerenah anak2... macam2 rupa...sabar ajelah.
Post a Comment