Sampai disana orang dah mula ramai tapi saya tengok lancar aje sebab ada beberapa kaunter yang dibuka walaupun kadang2 no yang dipanggil hanya satu tapi yang datang ramai, ini disebabkan yang nak buat pasport bukan hanya seorang tapi sekeluarga. Dah isi borang, photostat ic dan ambik gambar kemudian ambik no. Disebabkan no yang saya dapat masih jauh hubby mengajak saya keluar. Kami cuma jalan2 disekitar kawasan, ramai orang berniaga ditepi2 gate, mereka cuma pasang payung dan berniaga tanpa gangguan dari majlis perbandaran.
Setelah penat pusing2 saya dan hubby naik semula keatas, masih lagi menunggu tapi tak lama. Setelah berurusan dan semua dokumen diambil, petugas mengarahkan kami datang waktu petang untuk mengambil pasport. Hubby mengajak saya mencari tempat makan, kami ke parking untuk mengambil kereta.Tak jauh jumpa tempat makan yang agak selesa berbanding dengan sebelum tu ada banyak gerai2 ditepi jalan tapi sebaik saja melangkah hidung dah dihidangkan dengan bau yang kurang sihat (bau longkang ).
Hubby makan nasi berlauk manakala saya makan nasi goreng seafood sebab saya nak makan makanan panas.Sementara menunggu nasi saya siap saya ternampak ubi rebus terus order,sedap rasanya dah lama tak makan tambahan pula dimakan bersama dengan sambal tumis ikan bilis dan ikan masin. Habis makan pergi solat dan seterusnya ke immigration semula.
Sampai saja saya ketangga immigration orang dah penuh sesak nak masuk langsung tak ada laluan, hubby bertanya pada beberapa orang disitu mengapa terlalu ramai orang, mereka menjawab semua penyerahan dilakukan pada waktu petang termasuk yang membuat pasport kelmarin sebab kelmarin system rosak.Bayangkan kalau satu hari buat pasport 500 orang dicampur dengan orang sebelumnya tak ke beribu orang jadinya. Dari bawah macam2 suara ada,yang menjerit, bercakap kuat dan entah apa2 lagi.
My hubby jenis orang bekerja bersistematik, al maklum tugas yang mementingkan masa kalau satu projek tergendala duit akan mengalir macam air.Sifat tegas memang jadi amalannya tapi cuma bab bekerja. Dia pun minta laluan untuk masuk kebilik admint, disini hubby menjadi hero berbalah dengan pegawai2 yang bertugas. Dia minta jumpa dengan pengarah tapi dihalang dan mereka berjanji akan menyelesaikan dengan secepat mungkin. Tak lama lepas tu berderet2 pegawai tadi membuka kaunter untuk menyerahkan pasport yang sebelumnya hanya ada satu kaunter saja. Alhamdulillah selepas itu semuanya berjalan lancar dan beberapa orang mengucapkan terima kasih pada kami dan nak tergelak pun ada sebab ada yang menyangka kami wartawan. Kita dah merdeka 54 tahun tapi hairan mengapa system di negara kita masih terkebelakang khasnya buat negeri Johor.
dekat tangga
23 comments:
Huh...mesti pengawai imigration tu tension kalau dapat duty kat JB kan..
Lebihbaik yg jauh dari sempadan takdalah semonya nak rushing.
heheheh..lambat servisnya kalo mcm tu..membuang masa..penat lagi..
kak wan
Mana tak tension suka kerja bertangguh dah tahu memang rami yang nak ke seberang kenalah bersiap sedia taklah kelam kabut.
cikceriacorner
Pegawainya ramai tapi buat2 sibuk ada tu duk bersembang lagi.
naper akak x buat jer kat kl atau selangor yg laju macam air tewww.. ehehe, salamm tahun baru
salam zaitun..nasib baik..mr.hubby jadi hero kan..kalau tidak..rancangan nak ke singapura pun tergendala tu..
lepas ni rasanya..dia orang mesti berhati hati..
en_me
Tak sangka pasport mati 2 bulan lagi,dah tu tak ada rancangan nak keluar negara.
Salam tahun baru juga.
kak Erna
Salam Erna...memang tak rancang nak pergi Singapore dah tiba Jb baru rasa nak pergi.
Kalau tak faham2 juga tak taulah...
nasib baik ada sorang yg mcm husband akak..kalo tak jenuh lagi la menunggu..
clap clap bagi tepukan gemuruh hehe.Kadang kadang kena ada orang yang cam hubby zai ni.Jika diam je dorang pun buat diam juga :)kasi gempar sikit baru tau:)
ramainya org..
nak kena tegur dl brpandai nak buka byk kaunter ye
not work smart...
Suami akak jadi Hero !
dulu kata servis di Imigresen dah ok rupanya masih ditahap lama...
Lady Lavender
Macam samseng datang negeri orang kan hehehe....
kakpah pening kalau ramai-ramai macam tu.
cikmanggis
Kita pun tak nak buat macam tu tapi tengok cara diaorang bekerja macam tak ikhlas.Bila dah bising boleh pula buka banyak kaunter.
Hamizah
Kaunter banyak tapi tak ada orang kat tempat tu,yang bersembang pun ada.
sonata anak kancil
Mengabihkan boreh kata orang negeri Sembilan.
azrina03.07
Jadi samseng hehehe...
Mungkin kat sesetengah negeri dah berubah tapi kat Johor teruk.
kakpah
Bukan lagi pening tapi nak muntah apa lagi tengok pegawai dia yang mundar mandir tak tahu apa yang di sibukkan.
protokol? malas nak berubah? ntahlah....
My Special Mall
Salam kenal...terima kasih sudi singgah.
Harap2 kes sebegini tidak kerap berlaku. Dulu masa saya buat pasport kena ambil sebelah petang juga, seharian duk melilau area situ jerrr...
Post a Comment