Thursday, January 27, 2011

Neurologi

Semalam saya ke hospital buat rawatan lagi, kali ni jumpa doktor pakar Neurology pula. First time buat rawatan ni, teringat macam arwah mak buat acupuncture masa dia mengalami strok dulu.Cuma bezanya rawatan ini selepas di curent dengan alat yang canggih setiap lengan dan jari diukur dengan tape macam nak buat baju. Lepas tu sekali lagi kedua2 tangan di cucuk dengan jarum halus dan di curent semula. Bila readingya tak berapa tinggi tak terasa sangat cuma jejari saja yang bergetar tapi kalau mencecah ke 100 satu badan rasa rencatannya, sakit tapi boleh tahan. Ini lah rupa alat yang digunakan.

gambar google
 
Appointment minggu depan baru doktor beritahu saya samada perlu buat operation atau sebagainya.Sekiranya ada rawatan alternative saya lebih suka sebab kalau buat operation berapa lama saya harus berehat dari membuat kerja2 rumah.Dah tentu tangan ni direhatkan buat sementara waktu.


Nak tanya pada doktor Munir lah atau ada sesiapa yang boleh bagi cadangan.

19 comments:

ckLah@xiiinam said...

Tadi pun ckLah ke hospital. Rutin biasa...





....ckLah kena marah kerana tersalah makan ubat selama 2 bulan. Dr kurangkan dos, tapi bahagian farmasi tak beritahu....


Patutlah 'weng' semacam akhir2 ni...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...
This comment has been removed by the author.
a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Semoga Kak Zai tak serius.


bila dengar operation tu memang menakutkanlah kak..



2 kali dah kena. Appendiks dan tonsil.
serik saya dibuatnya..

Zaitun said...

ckLah@xiiinam

Diaorang buat silap orang lain yang kena marah,sabar ajelah.

Semoga ckLah sihat2 aje.

Zaitun said...

azrina03.07

Nak kata serius tu taklah sangat cuma doktor kata ada nerve tersepit itu yang membuatkan kebas.

Kak Zai takut operation,tak pernah lagi.

Tirana said...

Kak Zai..

Mudah-mudahan tak serius penyakit kak Zai tu.

Lady Lavender said...

harap2 taklah sampai kena operation k.zai..take care yea.

Abdul Munir Sanusi said...

I do not have an idea. Nanti saya cuba baca dekat internet sekejap. Dah lama tinggal Neuro coz sekarang tengah posting Sakit Puan. Keh keh keh.

Zaitun said...

Tirana

Kak Zai pun berharap macam tu,menurut doktor ramai pesakit yang macam kak Zai alami cuma ada yang kuat dan kurang.

Zaitun said...

Lady Lavender

Kalau boleh memang kak Zai nak elakkan dari operation,insyaAllah mungkin ada cara lain.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Owh... posting ke sakit puan,takpe kalau dah ada info bolehlah bagitau auntie.

sal said...

Moga semua berada dalam kedaan baik ya..dipermudahkan urusan..didoakan agar cepat sembuh..

AuntieYan said...

Salam Zai,

Kak Yan pun kerap juga kebas-kebas tangan terutama bahagian jari. Tapi, ada masa ok pulak.Pernah terbaca kat mana tah, sebab2 terjadi kebas sebab nerves tersepit
macam kata doktor tu..
Kalau kena operate pun tak pe...sekarang semuanya dah canggih. :-)

cikceriacorner said...

sy doakan akak sihat dan xde ape2 serius yg berlaku..:)

Zaitun said...

sal

Semoga doa dari sal dikabulkan,t.kasih.

Zaitun said...

Auntie Yan

Salam kak Yan...Menurut doktor memang terdapat nerves tersepit itu yang menyebabkan kebas2.Kalau buat operation pun bukanlah major.

Zaitun said...

cikceriacorner

InsyaAllah takde yang serius.Terima kasih atas doa.

sayangsayangibu said...

salam kak
semoga semuanya berjalan dgn lancar
rehatkan diri ye... ;p

kak Erna said...

zai..semoga tak buat operation..memang betul kata zai..kalau dah operate..lama jugak kena rehat tu..