Sunday, January 02, 2011

Honeymoon ?

Holiday yang tak di rancang main redah aje nasiblah kalau ada hotel kosong, kalau tak tidurlah di tepi jalan. Sebenarnya hati ni risau juga tapi fikirkan anak2 tak ikut sama, siapa berani buat macam kami? Sebelum ke Jb hantar siadik dulu kerumah adik di Shah Alam sebab kali ni hubby nak berjalan berdua saja konon honey moon hahaha.....

Sampai R&R Pagoh berhenti makan dan solat niat dihati nak makan nasi ambeng tapi tak ada rezeki tutup pula. Teruskan perjalanan sampailah keJb, pusing2 dalam bandar nampak satu hotel singgah tanya nasib baik  ada kosong, register. Bila nak parking kereta terkejut besar sebab kereta masuk dalam lif, ingatkan hanya di Dubai saja yang kereta naik lif rupanya negara kita pun ada. Bila dah parking kereta masuk dalam bilik nampak lapang tapi tak berapa modern sebab hotel lama dan yang paling tak bagus servis lambat. Hubby kata  besok kita cari hotel lain.

kereta dalam lif
Kami  berehat sebentar selepas tu  jalan2 ke Bandar Jb, malamnya kami ke Danga Bay jalan2 macam  merpati sejoli, dah agak lama tak berdua2an seronok juga tanpa gangguan hehehe.....
Apa yang saya perhatikan Danga Bay hanya indah pada nama tapi tidak pada rupa, tempat yang satu ketika dulu begitu meriah sekarang tidak lagi cuma yang ada permainan buai yang berpusing2. Rumah2 yang dijadikan tempat makan tempohari tidak lagi beroperasi tak tahulah masa saya datang tu tutup tapi nampak lengang saja.

Berhadapan dengan Danga Bay ada satu tempat makan di panggil Restoren Singgah Selalu. Tempatnya macam foodcourt, meriah tapi bagi saya makanan disini agak mahal, mungkin sebab ramai pelancong makan disini   tapi bila dah makan rasa berbaloi sebab sedap. Dah habis makan ingat nak balik berehat tapi  dapat cal dari kawan hubby yang tinggal di Senai mengajak berjumpa, agak jauh malam baru kami balik ke hotel.

Pagi besoknya selepas breakfast dihotel kami chekout dan berpindah ke hotel lain. Semasa saya unpack baju2 my hubby kata boring duduk Jb lama2 dia mengajak saya pergi ke Singapore. Nasib baik sebelum bertolak ke Jb hati saya tergerak nak bawa pasport dan memang betul apa yang saya jangkakan. Tapi nak tahu apa yang berlaku pasport kami cuma hidup 2 bulan lagi mana boleh nak pergi keluar negara, mengikut undang2 pasport hanya sah 6 bulan sebelum ke negara luar. Disebabkan hubby nak pergi juga kami pun pergilah ke immigration untuk membuat pasport baru. Isi borang, ambil gambar baru dan photostat IC kami menunggu giliran untuk dipanggil. Agak lama menunggu akhirnya siap tapi penyerahan pasport hanya pada waktu petang. Disebabkan menunggu lama kami mencari tempat makan. Tak jauh jumpa bangunan Perbandaran Negeri Johor, kami makan disini selain makan nasi saya juga makan  ubi rebus  bersama sambal ikan bilis dan ikan masin.

Setelah makan dan solat kami ke immigration semula untuk mengambil  pasport tapi berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. kami balik ke hotel dekat pukul 7 malam. Di lain n3 akan saya ceritakan apa yang berlaku. Malamnya kami makan di Senibong iaitu satu tempat makanan seafood atas air. Disini terkenal dengan nasi lemak dan seafood. Puas makan kami balik hotel...  ZZZzzzzz...

Gambar2 sekitar  Jb






restoren singgah selalu

foodcourt modern

ubi rebus

restoren atas air di Senibong

Bersambung.....

13 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

selamat tahun baru

kak Erna said...

salam zai..selamt ber honeymoon dan selamat tahun baru 2011.
pandai zai buat suspen dan buat kita tertunggu2 cerita seterusnya.

anie,Nagoya said...

sekom kk Zai.lama tak berkunjungkk .kalo kita tahu kk Zai ke JB...nak suruh kk Zai sggh jap kat simpang ampat.dekat gan A Famosa.kita tggl kat citu.kalo blek mesia le.bln 8 blek kot.kalo lalu kat highway ada lalu kat simpang ampat sggh ya...

kak wan said...

Amboi kakZai...bestnye..dalam satu hari macam - macam berlaku .

Zaitun said...

brutalsolo

Selamat Tahun Baru juga.

Zaitun said...

kak Erna

W'salam Erna...selamat tahun baru buat Erna sekeluarga.

Hehehe......

Zaitun said...

anie,Nagoya

Salam anie...Kalau kak Zai pun tahu anie ada kat situ pasti kak Zai singgah,InsyaAllah bila balik nanti bagitau ya boleh kita jumpa.

Zaitun said...

kak Wan

Itulah senangnya kalau berjalan berdua.

cikceriacorner said...

selamat tahun baru akak..
bestnye bercoti..:)

mamawana said...

Seronoknyer jln2...makan2 angin. Selamat Tahun Baru 2011. hopefully 2011 be a better year to us all.

Zaitun said...

cikceriacorner

Selamat Tahun Baru juga semoga kita semua diberkati dalam kehidupan.

Zaitun said...

mamawana

Selamat Tahun Baru juga buat mamawana.

Mudah2an.

ckLah@xiiinam said...

Tunggu sambungannya....