Friday, August 07, 2015

Vitamin

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua kawan2.  Semoga apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah swt.

Tiap2 hari saya akan mengambil vitamin terutamanya vitC. Vitamin yang saya gunakan adalah produk Shaklee. Rasanya sudah lebih 20 tahun saya sekeluarga mengamalkan produk ini. Dengan izin Allah juga saya jarang dijangkiti selsema atau demam. Kalau pun saya selsema menjelang ke petang tidak ada lagi. Mungkin vitamin yang saya amalkan membantu dari dijangkiti apa2 penyakit.

Saya ada masaalah sendi, pernah melakukan pembedahan kecil dijari tapi sekarang tidak lagi. Cuma sakit kaki masih ada cuma tidak serius sebagaimana yang selalu saya tengok orang lain. Faktor umur dan berat badan juga memainkan peranan. Umur sudah lebih setengah abad mustahil tidak ada sedikit penyakit pun.

Nak cerita macamana saya boleh terjebak dengan vitamin ini. Saya mengenali seorang kawan hubby. Beliau sungguh aktif dalam perniagaan Shaklee ini. Mulanya saya hanya menggunakan produknya. Bila kawan2 dan saudara mara bertanya saya rekemen pada mereka. Masa tu kalau saya tak silap dalam tahun 90an. Bila dah ramai yang oder melalui saya dapatlah bonus. Seronok juga dapat duit tambahan dalam masa yang sama kita gunakan produk tanpa bayaran. Bukan dapat free tapi gunakan duit bonus untuk membayar barang yang kita beli.

Dari situ saya mula aktif. Pernah dapat beberapa anugerah. Dalam masa yang sama saya menjalankan perniagaan dobi dan kedai runcit. Masa tu juga anak2 masih kecil. Banyak masa anak2 dijaga oleh pembantu rumah. Umur anak bongsu setahun dia menjalani pembedahan. Dengan waktu yang terhad saya tidak lagi aktif diperniagaan vitamin begitu juga perniagaan dobi dan runcit. Kedua2 kedai saya jual untuk menumpukan sepenuh masa pada anak dan keluarga.

Sejak dari itulah saya menjadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah bila anak2 dah besar banyak masa yang terluang untuk melakukan benda2 yang dulunya saya terlepas.



Ini yang saya amalkan, ada beberapa jenis lagi yang hubby dan anak ambil.




12 comments:

Nieda ramly said...

complete vitamin kak zai.....saya ambil ESP juga

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alhamdulillah.. bagus kak zai..
Istiqamah dalam menjaga kesihatan..

paridah said...

belum pernah cuba produk shaklee ni...nampaknya amat baik utk kesihatan ni...

Kakzakie said...

Lama sungguh dah kak zai mengenali shaklee ye
Kakak tahu shaklee ini baru-baru ini aje..

AMIIZAA said...

alhamdullilah seronoknya membaca cerita kak zai:):)

saniah ibrahim said...

kak zai saya ingatkan shaklee ni untuk orang muda je terutama yang baru bersalin atau ada anak kecil.Ialah info mengenai shaklee ni pun baru 2 3 tahun ni saya kenal .

kakyon said...

dulu Ky pun pernah menjual segala mcm produk MLM. dengan shaklee pendek jodohnya.nmpkny sekarang ni shaklee mendahului dari produk lain..

Bunda a.k.a KN said...

Bunda pun sedang amalkan vitaC shaklee kak Zai..

Sweetie said...

Saya tak pernah ambil sebarang pil tambahan kesihatan kak Zai. Sebab takut ada kesan sampingan. Kalau saya memerlukan vitamin saya akan tanya doktor di klinik dulu.

NEKCIK said...

bagus Zai ni istiqamah..nekcik ni mudah lupa...hu..hu

Jari Manis said...

Shaklee!! JM ambil vit-C

Sura Mohd said...

bagus!!! sura suka..sura suka!teruskan kak Zai..Allah dah beri kemampuan ..beli yang terbaik.:)