Wednesday, August 19, 2015

Petai.

Assalamualaikum...

Petai yang ada kat rumah separuh buat jeruk manakala separuh lagi buat sambal. Tinggalkan beberapa tangkai sebab hubby kata teringin nak makan gulai pucuk ubi campur petai dan tempoyak. Kena cari daun pucuk ubi baru boleh masak.




Hasil dari petai yang banyak sambal tumis ikan bilis nampak mewah petainya. Mula nak buat udang tapi tengok dalam fridge sudah kehabisan jawabnya buatlah ikan bilis. Nasib baik orang yang ada tiga orang kat rumah ini semua hantu petai. Masa breakfast mimi makan roti cicah sambal petai hehehe....Selesai satu mangkuk tak payah nak simpan dalam fridge.





9 comments:

saniah ibrahim said...

Bnyaknya petai kat sambal tumis kak zai tu...sedapnya.Kalau sya pun sama buat sambal petai x pernah berbaki...mkn memang sedap kan kak zai ,yg tak sedapnya perut berangin ...

saniah ibrahim said...

Bnyaknya petai kat sambal tumis kak zai tu...sedapnya.Kalau sya pun sama buat sambal petai x pernah berbaki...mkn memang sedap kan kak zai ,yg tak sedapnya perut berangin ...

paridah said...

sambal petai bilis makan dgn nasi lemak sedapnya.

Fida Z Ein said...

Petai tu akak rebus dulu tak...?

Kakzakie said...

Sementara tengah banyak petai ye KakZai:)
Macam-macam boleh dibuat ikut selera.

Zaitun said...

Tak, terus masuk dalam sambal.

Nooriah Abdullah said...

fav sangat ni petai kakzai walaupun kat rumah sorang2 je makan apa nak buat dah jatuh cintan cintun dgn petai ni

rubiah kadir said...

sedap aihhh

hainom OKje said...

Sedapnya kak Zai. Udah kepingin pulak ni hihi....
Tp yg tak bestnya makan petai ni, buang air bau petai ek kak Zai...