Wednesday, June 11, 2014

Churros di Mandurah dan Fish & Chips di Fremantle

Salam...

Breakfast pagi ini roti bersama french fries. Tiba2 terkenang masa makan Fish & Chips di Cicerello's Landing, Fremantle, Australia. Ia adalah salah satu Restoran Fish & Chip yang terkenal dikalangan pelancong Malaysia dan satu lagi di Kaili's.

Tak boleh nak digambarkan betapa sedapnya makanan disana. Bukan sahaja seafood nya yang fresh, malah turut dihidangkan dalam portion yang besar. Sangat2 berlainan dengan yang terdapat disini. Fries yang dihidangkan panjang2 dan rasanya sungguh fresh. Sesiapa saja yang pergi ke Perth pasti tidak melepaskan peluang untuk makan Fish & Chips di Fremantle.

Adik bersama Fish & Chips dan Butter Prawn

Hubby yang excited bagi Fries dekat Seagull. Seagull tu sangat pantas menangkap Fries dan tiada satu pun terjatuh. Kagum kami melihatnya.


Kaili's Fish & Chips

Di Fremantle Harbour

Setelah kami menaiki cruise untuk menyaksikan Dolphine dan juga menyaksikan rumah2 mewah yang dikelilingi laut kami singgah untuk menikmati satu lagi makanan yang dipanggil Churros di San Churro, Mandurah. San Churro ni terdapat banyak cawangan bukan sahaja di Perth tetapi di serata Australia. Kalau di Malaysia mungkin macam kuih Cakoi. Ada dua perasa satu original dan satu lagi perasa Cinnamon. Churros dimakan bersama dengan choklat pekat yang mempunya pelbagai flavour. Rasanya memang sedap. Sesiapa pergi ke sana jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan ini.

Original & Cinnamon flavour bersama Dark, Milky & Caramel Dip

Ice Chocolate nya tersangatlah pekat dan sedap



Deep fried Churros

Selain daripada Churros, ada juga dijual Cookies dan Macarron

Terdapat juga Cake dan Muffin yang sangat menarik dan nampak sedap!




2 comments:

Kakzakie said...

Betullah kata kak Zai sebab ramai saudara dan teman blogger yg ke sana mesti tunjuk tempat ini.

Pemandangan dia pun cantiklah Kak Zai. Burung-burung tu kakak suka tengok.

IndaMarya said...

ish bestnya.anak2 tentu suka kan western food.walaupun saya tk suka western food tapi tengok teruja juga.looked delicious.