Thursday, June 05, 2014

Shopping di E Shed Markets.

Salam...

Saya nak bagi tahu kalau ada sesiapa yang akan bercuti ke Perth, Australia bolehlah pergi ke tempat yang pernah saya pergi untuk membeli souvenir. Nama tempat tu E Shed Market yang terletak di Victoria Quay berhadapan dengan Port Fremantle. Pemandanagn yang cantik dimana banyak kapal berlabuh. Jika sesiapa yang nak membeli gift seperti T-Shirt, FM, keychains, Australian craft, soft toys dan macam2 lagi pergilah ke market ini. Terdapat banyak kedai2 yang menjual barang yang boleh dijadikan cenderamata. Harga pun murah tapi kena pandai tawar menawar. Markes ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


dihadapan bangunan E Shed


Di E Shed Market terdapat banyak makanan halal dan tak perlu risau. Kami sampai agak awal dan kedai belum buka. Jadinya kami ber'picnic' di hadapan market dengan Sambal Tumis, Garlis Bread, Baked Potato Wedges, Roti dan Kopi Panas. Nikmatnya memang tak dapat digambarkan dengan cuaca yang sejuk (8degree). Semuanya disediakan dari rumah dan dimasak seawal 5am. Kalau di Malaysia takdanya nak bawa bekal ke market. Hehehe


Kakak dan Adik di laluan luar E Shed Market.

Salah satu kedai yang saya jumpa nama dia Megabes Products, kepunyaan seorang warga Singapore berbangsa Cina. Taukeh kedai ini bernama Simon, orangnya sungguh baik dan  peramah. Mulanya saya sudah menjelajah banyak kedai tapi harganya agak berbeza disini, jauh lebih murah dan bagi discount lagi. Menurut Simon kalau membeli barang dengan satu resit sebanyak AUD 300 lebih kurang RM900 lebih sikit nanti kalau pulang ke Malaysia boleh claim GST di Immigration dan akan dapat pulangan dalam RM100+.

Di Megabes Products, E Shed Market bersama Simon


Kilang kepunyaan Simon. Lambo tu kepunyaan anak Simon dan beliau menyediakan kemudahan sewa kereta untuk wedding. Kagum saya dengar kerana 1 family business minded. Sesetengah anak muda, bila parents dah jadi taukey, anak bermewah-mewah tapi tidak bagi family Simon. Beliau dan family sangat friendly dan humble. Sempat juga menghidangkan kopi panas Aik Cheong dan biskut Hup Seng dari Semenanjung. Malam tu kami terasa macam berada di kampung. Simon pula selalu menggelarkan dirinya Kampung Boy. Hehe (Gambar kilang Simon ihsan Google sebab kami terlupa ambil gambar selepas menikmati suasana kampung di Australia)

Saya mencari candy keluaran Perth namanya NOUGAT tapi kebanyakannya dalam pack yang kecil.  Hubby cuba bertanya dengan Simon dimana kami boleh dapat. Simon mengajak kami datang saja ke kilangnya yang tak berapa jauh dari penginapan kami iaitu di Malaga. Disini terdapat lebih banyak souvenir yang cantik, lebih murah dan sesetengah barangnya tidak dijual di E Shed Market. Bagi sesiapa yang tidak dapat datang ke E Shed Market, bolehlah ke kilangnya kerana ianya bukak setiap hari sehingga malam. Tujuan asal cuma nak membeli Nougat saja tapi diakhiri dengan memborong sekali lagi. Hehe...

Nougat ini ada dua jenis satu yang lembut dan satu lagi yang keras dan saya lagi prefer yang crunchy ni.





Di Perth harga nougat ini pun agak mahal. Masa balik saya sempat singgah di Airport Free Duty dan ternyata harganya berlipat kali ganda.



7 comments:

cikmanggis said...

Bestnya Zai dpt melancung satu keluarga.Zai sewa rumah atau rumah sendiri masa di Perth?Seronok jika dpt masak sendiri kan.Menjimatkan.

IndaMarya said...

syoknya mlncung dgn family..smua nmpak happy.tk pyah pikir yg di tinggal di rumah.

Zaitun said...

cikmanggis

Di Perth saya sewa rumah,semua kemudahan disediakan. Makan malam kami masak sendiri, beli grocery disupermarket yang berdekatan.Sebelum gunakan peralatan dapur kena samak dulu dengan menggunakan sabun samak.

Zaitun said...

IndaMarya

Selalunya kalau pergi melancong akan bawa anak2 perempuan.

Nieda ramly said...

wajahadik seiras dengan kak zai, anak emak ni.
seronoknya kak zai sekeluarga berjalan ke negara orang putih.

Zuhaira Zainordin said...

Nak pg June nanti.. Boleh tau x nama rumah sewa tu? Tq

yuzliana yahaya said...

salam

saya akan pergi ke perth pada 30/9/2015 insyaallah, nak Tanya mn dapat sabun samak dan berapa harga coklat tadi. mohon dapat email di yuzliana@yahoo.com. tq