Friday, April 17, 2015

No Plan.

Assalamualaikum...

Pukul 7 pagi sudah keluar dari hotel. Jarang sekali saya lakukan. Selalunya selagi tak pukul 12 tengahari tak adanya saya nak chekout itu pun kadang2 terbabas juga.

Kenapa pulak cerita pasal hotel tak ada angin pergi holiday atau pun outstation. Ceritanya begini. Tengahari semalam hantar mesaj pada hubby bagi tau kemungkinan saya tak masak untuk makan malam sebab penat sangat. Ada panggil orang betulkan sikit rumah bukan renovation cuma betulkan yang dah rosak. Banyak jugalah yang nak dikemas semula.

Bila hubby balik kerja dia suruh saya bersiap. 'Abang dah book hotel' katanya.Terpinga2 juga sebab dah senja lepas tu tak plan pun nak ke mana. Rumah pun masih ada lagi yang nak dibetulkan. Makan malam pun belum lagi.

Bila hubby dah bersungguh2 terpaksalah ikutkan. Singgah makan kat restoren lepas tu terus ke Sunway Pyramid. Kami sampai hotel dekat pukul 11 malam. Tidur beberapa jam pukul 7 pagi dah chekout. Lepas hantar saya balik rumah hubby terus pergi kerja.

Begitulah perangai my hubby jarang nak bincang apa nak buat, apa nak beli atau nak pergi mana. Tapi kadang2 happy juga hehe...

Macamana dengan hubby rakan2 semua tentu baik2 kan.


Pyramid Tower



4 comments:

Nieda ramly said...

itu sudah bagus kak zai....sesekali berehat

Sweetie said...

Wau syoknya kak Zai... sukalah surprise2 camtu... bertuah kak Zai.

paridah said...

penat n jemu di rumah berehat di hotel tanda hubby syg n prihatin tu..

saniah ibrahim said...

bestlah suami kak zai,suka buat kejutan ...hubby sya biasanya nak kan pendapat sya je selalunya ...kdg boring juga.