Thursday, April 09, 2015

Empangan Paya Peda.

Assalammualaikum...

Sekarang saya berada di Besut, Terengganu mengikut hubby outstation.

Selama saya ikut hubby outstation ke Terengganu belum pernah dibawa ke tapak projek yang dia kendalikan. Baru semalam saya berpeluang untuk melihat. Kebetulan semalam ada taklimat dengan semua yang terlibat. Dianggarkan 200 orang yang datang termasuk orang2 kampung.

Dalam sebulan dua atau tiga kali hubby akan ke sini selama hampir lima tahun. Setiap kali datang hubby akan ke Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat kemudian ke Besut untuk melawat projek.

Projek yang dilakukan adalah pembinaan Empangan Paya Peda. Banyak cabaran dan halangan yang ditempuh dan akhirnya projek ini sudah hampir siap. Kalau ikutkan perancangan sepatutnya siap tahun lepas. Kata hubby ia mengambil masa setahun untuk air penuh macam Empangan Royal Belum di Grik atau Empangan Timah Tasoh di Perlis.

Alhamdulillah selepas tugas disini hubby akan mengedalikan satu lagi projek pembetungan di KL pula. Sudah pun bermula beberapa bulan yang lalu. Mungkin tidak ada lagi jalan2 ke Terengganu selain kalau kami bercuti.









Gambar terbalik
Kegembiraan terpancar





8 comments:

Kakzakie said...

Untung juga kak zai dpt ikut ke site tengok projek itu dibuat.

aji nugraha said...


I really liked this story interesting website and increase knowledge for me . is there Obat Stroke The world 's most powerful

paridah said...

projek besar yg memberi kemudahan kpd rakyat tganu tu...dpt menemani suami yg berkerja di projeknya best tu..

amy (^_^) said...

ayah sy pegawai pertanian besut.. dia pun ada kat cnie gak time nie.. wah hebat hubby akak handle projek nie.. (^_^)

Bunda a.k.a KN said...

Bestnyer kak zai .mau jer hubby bawak tengok tapak projek...dapat jugak isi masa jalan2 dan pengalaman kan..

Sura Mohd said...

alhamdulillah..selesai tugas hubby kakZai kat situ...beruntung kakZai dapat ikut ke site..antara yg terawal dapat tengok empangan tu..:)

Sham said...

Salam pkenalan kak...singgah sini n terus folow...

Waa projek mega ni...sy dulu minat bidang2 construction ni..tp xde rezeki kt situ rezekinya jd ckgu je...

hainom OKje said...

Bestnya dpt ngekor En Suami beroutstation kan Kak Zai. Tahniah buat En Suami ye .
Kak Zai puas tak makan kopok leko tu?