Wednesday, November 12, 2014

Tetamu Tak Diundang.

Salam...


Pagi2 buka pintu sudah ada tetamu tapi tetamu ini tidak diundang. Entah datang dari mana. Kawasan sini semuanya rumah langsung tak ada hutan. Elok pulak dia berkawan dengan kucing2 yang ada kat rumah ni. Duduk kat tepi kolam dan dia cuba menangkap ikan yang ada didalam.


Comel kan

Kolam usang abaikan lumut disekelilingnya



Saya cuba halau tapi dia datang mendekati saya. Takut juga kalau di buatnya menyerang dan menggigit. Akhirnya saya panggil menantu yang kebetulan ada untuk menghalau. Dicapainya sebatang kayu baru monyet tu pergi. Harap2 janganlah dia datang lagi sebab saya takut kalau dia masuk ke rumah. Saya pulak tinggal sorang2.



15 comments:

saniah ibrahim said...

dari mana pulak binatang tu datang kak zai?...kena tutup pintu dan tingkap rapat2 ni kak zai ...kut2 datang balik.

Kakzakie said...

Jenis monyet bela tau liar ni Kak Zai. Hairan juga di tengah-tengah bandar boleh dia terlepas. Itulah banyak sangat hutan dibuang dia dah tak ada tempat tinggal...

Irfa said...

sian dia mesti sesat tu

Najib Ariyan said...

ini monyet jenis yg dipanggil MACA yg agresif sebenarnya... kalau dia lapar lagi lah garang... kena ikhtiar sesuatu untuk usir dia... binatang ni susah nak dijinakkan... kalau dia tau sesuatu tempat tu ada sumber makanan... dia akan stay lama... hati hati yer

Azian Elias said...

kawasan sekitar dah ditebas lah tu kot.. last time rumah kitarang pun cam tu..bergayut dua tiga ekor kat pokok frangipani.. siap panggil bomba.. takut.

Nieda ramly said...

beraninya kak zai. kalau datang rumah saya cepat2 tutup pintu

AMIIZAA said...

ya allah kak, akak dpt tetamu:)
comel.....mesti dia nak makan ikan tu....tp pelik dia manja pulak dengan akak, biasanya kera nie garangkan.....

nabilah_2908 said...

agak bahaya kalau cik kera dah mula datang rumah..

salam kenal...first time landing sini :)

Daddy Ziyyad said...

aikkk..dari mana dtg nya monyet tu kan...adakah ianya pet org lain yg terlepas?

siti natrah said...

dia nk mkn ikan tu ker?hati2 ada monyet yg liar ni gigit orang tau

Afasz said...

mmg tak di undang sungguh ni. ehhee

LadyBird said...

Siannye monyet tu.. huhu

kakyon said...

taman perumahan Ky pun banyak monyet Zai. roti pun kena curi.
harus juga monyet nie peliharaan orang..mcm jinak jer..

ummiross said...

Hati-hati Kak Zai ye, risau juga masa duduk sorang2, monyet tu datang.

Jari Manis said...

monyet ke igatkan kucing sbb nk makan ikan ahaha...bahaya jgk tu kak kalau sorang2