Thursday, November 27, 2014

Pressure Cooker.

Salam...

Sebelum ini kalau nak buat sup tulang punyalah lama nak melembutkan tulang. Pagi2 lagi saya dah mula merebus tapi dengan api yang kecil. Kalau api besar daging akan menjadi liat.

Dengan adanya periuk ini tugas akan menjadi lebih mudah. Mungkin orang lain dah lama ada. Hubby belikan untuk saya katanya nak memudahkan kerja dan tak ada lagi suara yang membebel bila nak melembutkan daging dan sebagainya.
Pada mulanya juga hubby nak belikan periuk yang menggunakan elektrik tapi saya menolak dan memilih yang menggunakan gas saja.





Saya difahamkan periuk ini banyak fungsinya even kalau nak buat sardin pun boleh. Kalau ada diantara rakan2 yang dah ada periuk ini bolehlah kongsikan tipnya dengan saya.Terima kasih.

Malas nak keluarkan dari kotak saya ambik gambar kotak saja.





12 comments:

Nieda ramly said...

untung kak zai
nanti tak boleh bebel dah

Nieda ramly said...

untung kak zai
nanti tak boleh bebel dah

Yusmawati Paiman said...

Wah! Lepas ni senang lah kerja akak ya.

Saya pun kalau masak daging memang kena rebus awal nak tunggu daging empuk, tu pasal kadang malas nak masak lauk daging, tapi anak2 suka makan daging pula...hehe

paridah said...

WAH LBH MEMUDAHKAN KERJA DAPUR NI....

babYpose said...

Salam, menyenangkan dan menjimat masa kan..

Kakzakie said...

Pressure cooker memang kena ada Kak Zai kalau tak ambil masa lama. Tapi kakak guna brand NOXXA dari Amway..

saniah ibrahim said...

mudahlah kerja kak zai skrng ya...boleh lah selalu buat sup tulang...

kakyon said...

Senang guna nie Zai.dulu KY pkai yg gas skung pkai yg electrik pula. Senang nak melembutkan semua jenis daging..kekacang.

Sura Mohd said...

senang dan mudah...sura pun tak de lg pressure cooker ni..yg cam ni brape regenya kakzai?

Acik Erna said...

Saya pun guna yg letrik zai..mudah..guna noxxa(amway)punya juga..jimat masa..masak nasi pun 5 minit je..

Zaitun said...

Harga dia kak zai beli rm130.

Daddy Ziyyad said...

Wife saya pun ada jenis yg macam ni...mmg memudahkan kerja masak daging...cepat empuknya