Friday, November 07, 2014

KLIA2

Salam Jumaat...

Hari Ahad hantar Mimi ke KLIA2 first time saya jejak. Sangat selesa jika dibandingkan dengan LCCT. Bangunannya sangat luas dan cantik. Banyak kedai2 yang menjual barangan branded dan restoren, dah macam shopping komplek pulak. Bila Mimi dah masuk boarding sempatlah saya, hubby dan adik jenjalan kat dalam tu.

Kalau bawa kanak2 mesti seronok sebab ada toyr'us. Bagi kaum wanita pula ada kedai pakaian, kedai kasut dan handbags. Kalau rasa nak beli barangan dapur pun ada. Memang macam2 adalah. Terdapat juga banyak restoren tapi kalau tanya harga makanan dah pastilah mahal sikit. Airport dah cantik makanan kat dalam pun ada class lah.




Kat sini boleh nampak dan tengok kapal terbang tapi kawasan ini tempat orang hisap rokok.





Ada satu deret kedai dia macam heritage.

breakfast kat the loaf



Jumpa kat salah satu kedai. Kalau tak silap nama kerusi ini grandfather chair. Teringat masa anak jiran lama kahwin gunakan kerusi macam ini tapi warna putih.

Sesiapa yang teringin nak jenjalan kat klia2 bolehlah luangkan masa, tak payah naik kapal terbang pergi jalan2 dan shopping aje.





18 comments:

NEKCIK said...

nekcik pun tak pernah sampai lagi..insyaallah 19 nnti lah kot..he..he

:: Cik Viva :: said...

meriah sangat KLIA2 tu berbanding klia...sbb byk kedai2 bleh cuci mata dulu sambil2..heheh

Zaitun said...

Nekcik nak terbang ke? Ke mana agaknya tu....

Kakzakie said...

Kalau nak shopping di sini kena bawa duit berganda Kak Zai dah tentu lokasi airport biasalah...

Irfa said...

betul tu, orag yg duk area sini saja jenjalan sini bawak anak2 masa cuti. sbb nak go klcc@mid valley jauh sgt

LadyBird said...

Mhl x kalau shopping brg d sana? Lady xpernh pergi lg...

Zaitun said...

Kak zai tak beli cuma tengok2 aje.kalau kat restoren dia mahal sikitlah.

Sweetie said...

Salam Zai, saya minggu lepas ke KLIA2... itulah pertama kali saya ke sana menghantar anak perempuan saya juga nak berlepas ke Korea... mmg besar... parking pun mudah..

AMIIZAA said...

kak,cantik kedai tu kak...tak sampai lagi KLIA2...kalau nk shopping best kat sini kan, ada mcm2.....

paridah said...

ASSALAM PERNAH KE SINI BARU2 NI...MMG LUAS N SELESA TEMPATNYA.

Nieda ramly said...

nekcik nak terbang ke mana pula? soyap2 ye hheheh

Acik Erna said...

Saya pun tak pernah sampai lagi zai

❤Kamsiah❤ said...

cantiknya anak dara..:)

NEKCIK said...

he..he..dekat jerr pun Nieda

NEKCIK said...

dekat dekat jer Zai..insyaallah

mizzleenaothman said...

Salam perkenalan .bestlah u dah sampai pun i tak sampai lg kat sini.nanti i leh g pulak lah.Jemput datang blog yer semoga terjalin ukhwah

Izzati Amira said...

tak pernah ke sana lagi. cantik nya scene diaaa...

Jari Manis said...

JM Pun festime terjah ke KLIA2 waktu nk ke seoul hari tu tapi belum sempat jalan2 di semua kedai2 yg ada..nampaknya perlu repeat klia2 tu