Monday, November 24, 2014

MAHA

Salam...

Hari Sabtu pergi expo MAHA di Serdang. Cuaca sangat panas tapi petang hujan lebat. Nasib baik kami keluar aje hujan turun dengan lebatnya.

Setelah parking kereta yang disediakan kami menaiki bas yang dikhaskan untuk melawat dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ada laman padi, laman nenas, laman herba, laman pokok bunga, buah2an dan juga perikanan dan banyak lagi tapi kami tak pergi. Susah nak dapat bas yang tak ramai orang, memang sesak dalam bas.

Tempat yang agak lama saya singgah adalah tempat pokok orkid. Biasalah kalau ada orkid saya takkan lepaskan peluang. Banyak terdapat wild orkid tapi biasalah harganya agak mahal. Saya cuma beli anak pokok orkid dan hubby pulak beli orkid harimau.

Ini anak2 pokok orkid yang saya beli. Beli 5 pasu dapat satu free.


Anak orkid

Orkid harimau


Gambar dibawah saya ambik disalah satu booth harganya 4 pasu rm100. Ini orkid butterfly agak murah sebab kalau kat luar harganya lebih rm50 sepasu. Saya tak beli sebab tak berapa pandai nak jaga yang jenis ini.







Ada beratus2 jenis lagi yang dipamerkan. Sesiapa yang nak tengok dan nak beli bolehlah pergi.






14 comments:

Acik Erna said...

cantiknya orkid yang zai beli..

Sura Mohd said...

Wow..terpukau sekejap tengok kecantikkan orkid tu...kalau dekat rasa nak pergi jer..ditambah pulak bersesak kena naik bas..memang tak ler..kalau sura sorang boleh la redah..cik abe idok ler nak ikut skali..kalau tempat bersesak2..:(

Daddy Ziyyad said...

Cantik orkid tu...Saya bukan penggemar bunga, hahahhaa...Tapi saya suka tgk pokok & bunga orkid, unik...

Teringin nak gi MAHA tu, tapi memikirkan jem sesak yang maha hebat, hahaha...macam malas :P

Nieda ramly said...

kena belajar ilmu kak zai menanam orkid

Kakzakie said...

Orkid harimau tu kalau tanam di busut kelapa kak zai memang cepat menjadi. Sekali berbunga berjambak-jambak.

Orkid besar tu kalau pandai jaga puas hati walau mahal. Cantik betullah orkidnya kakzai... geram kakak tengok.

saniah ibrahim said...

canteknya orkid kak zai,,purple2 gitu.
anak saya belajar kat UPM kak zai ...dia ada sms ...belikan ibunya buah keranji kat MAHA sebab tau ibu nya tak kenal rupa buah keranji walau dah usia ni.

Zaitun said...

Kak zai pun baru kenal buah keranji masa pergi rumah sahabat kat Terengganu.

Zaitun said...

Kakzakie turunlah KL boleh pergi MAHA., macam2 ada.

Zaitun said...

Nieda kak zai main cucuk2 aje nasib baik hiduplah dia.

Zaitun said...

Cuba pergi waktu malam saya dengar sampai pukul 10 mana tau orang tak ramai.

Zaitun said...

Kalau bawa budak2 susah sikit sebab dalam bas bersesak.

Bukan orkid saja sura macam2 ada.

Zaitun said...

Saya beli anak orkid aje nak mencuba. Selalu beli yang dah ada bunga.

Normala Saad said...

Cantiknya corak-corak bunga orkid ni ya Zai...

kakyon said...

KY tak sempat nak pergi Zai..kena balik kg pulak minggu tu..
subur pokok orkid yg zai beli..