Wednesday, November 19, 2014

Excited...

Salam...

Hari ini happy sangat tapi bukan sebab saya dapat duit dan sebagainya. Keseronokan tu hanya bagi orang yang melakukan sesuatu sudah berhasil. Nanti mesti orang cakap benda tu kata seronok, gembira pelik betul.

Kawan2 nak tahu apa? Tadaaaa....tengok gambar kat bawah.


Dua kuntum

Ini pokok dia


Inilah dia yang membuatkan saya gembira. Pagi tadi saya mencantas pokok2 lepas tu saya membaja. Masa selak2 daun tiba2 saya nampak kuntum ini. Ya Allah seronoknya. Bukan senang jenis pokok macam ini berbunga. Tapi bagi sesetengah orang biasa aje tapi tidak bagi saya.

Orkid ini dah agak lama saya beli baru berbunga sekali, itu pun dua tangkai.
Dan hari ini dua tangkai lagi sudah menampakan kuntumnya, alhamdulillah.

Nampaknya ada banyak lagi pokok2 orkid saya yang mengeluarkan kuntum. Mudah2an janganlah rosak sebab banyak sangat hujan.

Ini orkid yang berkembang dilaman.



Purple


Purple & putih

Purple

Putih & purple


Nanti kalau orkid2 saya dah berkembang saya akan update lagi.




9 comments:

Normala Saad said...

Salam Tun..amboi sukanya dia...mestikan! kak pun serupalah kalau bunga yang dinanti sekian lama berbunga....happyy!
Cantik2 ya orkid Tun...

Sweetie said...

Berkenan saya dengan orkid warna kuning pinang masak tu....

Sura Mohd said...

cantiknya orkid2 tu..suka tengok..
pastinya tuan punya pokok seronok bila tengok pokoknya nak berkembang..

AMIIZAA said...

salams kak, kalau saya pon gembira bukan kepalang:):) best tgk pokk2 akak......:):)

paridah said...

assalam...wah orkid2 sdg galak berbunga ya...cantiknya. orkid2 kalau dh mula brkudup akn dinanti mekarnya walau dh selalu berbunga..

saniah ibrahim said...

patutlah seronok ..bunga dh nak kembang rupanya...cantek2nya orkid kak zai

Kakzakie said...

Orid kakak yg dua dari bawah pun sedang meriah Kak Zak tapi yg lain-lain terus menyepi.

Suka tengok orkid kak zai. Memang seronok kalau pokok yg lama dinanti bunganya tetiba berhasil.

Jari Manis said...

susah jugak kan penjagaan pokok orkid ni tapi bila dah berbunga..mmg CANTIK

Azza Lea said...

Assalam kak zai. Meriahnya bunga orkid. Guna baja apa yer?