Saturday, November 08, 2014

Ciku Madu

Salam...Selamat berhujung minggu.

Ke mana agaknya rakan2 kita berhujung minggu. Tentu ada yang pergi jalan2 sambil tu bolehlah shopping. Sesekali tak salah gantung periuk tukar selera makan kat luar yang ada kelainan.

.............................


Fresh from the farm...



Ciku



Baru petik dari kebun yang sekangkang kera dapatlah 30 biji. Walaupun sepokok tapi buahnya banyak. Dah pernah kena cantas sebab merimbun sangat tapi tetap juga berbuah. Dapatlah merasa makan ciku dari kebun sendiri. Jangan ada yang tergelak bila saya sebut kebun ya...saja nak berangan.

Ciku ni leceh sikit kena cuci dulu nak buang yang ada macam habuk2 kat kulit dia lepas tu baru boleh diperam untuk beberapa hari. Bila buahnya dah lembut baru boleh dimakan. Buah ciku yang saya tanam ni memang manis. 

Anak pokoknya saya beli di Sungai Buloh dan menurut tokey nursery tu ini adalah ciku madu. Sesiapa yang minat boleh juga tanam dalam pasu besar. Walaupun kita yang duduk dibandar ni tak punya tanah yang luas sekurang2nya dapat juga bercucuk tanam.  Syukur alhamdulillah.




9 comments:

saniah ibrahim said...

assalam kak zai...ciku ...dah lama tak makan,sedap dan manis bila buahnya dah lembut.
tanah sekitar rumah saya ni agak luas tapi tak pernah terdetik nk tanam ciku sebelum ni...boleh cuba tanam kelak.

paridah said...

selamat berhujung minggu...sedapnya mkn ciku hasil tanaman sendiri...

Nieda ramly said...

ciku muda ubat sakit perut ,kak zai.

Nieda ramly said...

ciku muda ubat sakit perut ,kak zai.

NEKCIK said...

ssamalah kita Zai.kebun kita dalam pasu atas jalan...namun kedondong nekcik sentiasa lebat buahnya..alhamdulilah...
camtu kita barter.kedondong tukar ciku.boleh gitew

Izzati Amira said...

tak gemar sangat buah ciku ni. tapi dpt rasa buah dari kebun sendiri mmg puas!!

Sweetie said...

Baik sungguh "budi bahasanya' pokok ciku tu... dah beberapa kali di cantas masih lagi mengeluarkan buah!

Bunda a.k.a KN said...

Buah ciku ni silap2 pandang macam buah kiwi...bunda suka masa dia masak ranum, manis...tapi tulah kan ...buah ciku ni bermusim...

Jari Manis said...

KAk Zai..pos sin 2-3 biji heee..JM mmg suka kn ciku