Monday, November 17, 2014

Restoren Artis

Salam...

Hari Sabtu makan tengahari di Restoren Haslam, kepunyaan Dato Yusof Haslam (pelakon). Disini macam2 makanan ada selain nasi terdapat kuih muih yang jarang ada kat tempat lain. Restorennya terletak bertentangan dengan  Hospital Tawakal.
Lebih tepat Hospital Pakar Tawakal.


Opposite hospital Tawakkal

Ubi rebus dengan kelapa

Tauhu sumbat

Buah melaka

Karipap, samosa, goreng pisang

Cucur badak, kuih gelang


Ini antara kuih yang sempat saya ambik gambarnya. Kat dalam tu ada macam2 lagi dengan lempeng kelapa dan macam2 lah. sesiapa yang teringin nak rasa datanglah. Restorennya sentiasa ramai orang. Saya dah banyak kali pergi.

Nak merasa kesedapan makanan restoren artis tempatan. Sebelum ini pernah juga makan direstoren Mila juara AF4. Bagi saya biasa2 aje. Cuma disini tomyam dihidangkan dalam buah kelapa.


Restoren Mila AF


Hari Ahad pula  pekena nasi bryani daging dengan air asam boi limau diRestorem Basher. Memang puas walaupun asalnya bercadang nak makan nasi arab Saba diCyberjaya. Disebabkan hujan terlalu lebat tukar haluan makan nasi bryani.


Bryani daging


Malamnya saya ke Ikea pula tapi kat sini cuma makan karipap saja sebab dah terlalu kenyang. Kalau datang ke Ikea wajib beli karipap sebab special. Hubby ajak makan meat ball tapi saya surrender. Lagi pun hari Sabtu semalam saya dah makan macam2.






6 comments:

Sweetie said...

Sedap ubi rebus dengan kelapa tu...

saniah ibrahim said...

wah ..bnyak makanan kampung ya kak zai...elok sngt artis2 berniaga ,nama pun semua org kenal ...ramai yang teringin nak datang tentunya.

Bunda a.k.a KN said...

Salam...
Pernah dengar restoren Haslam ni...tapi belum pernah sampai...yang tom yam dalam kelapa tu...baru2 rakan fb pun pernah tayang kat fb...mesti sedap dia lain dari tom yam biasa kan...

Nieda ramly said...

amboi ...sronoknya cari makan berdua

Jari Manis said...

dh semakin ramai kan Atris bukak restaurant..harga di restoran haslam tu berpatutuan tak sbb biasanya lebih mahal dari restoran biasa..betul ke kak

kakyon said...

sedap semuanya Zai. terutama ubi rebus mkn dgn kelapa parut..