Thursday, January 07, 2016

Laut.

Assalamualaikum...

Kawan2 semua kalau nak lepaskan perasaan suka kat mana? Mungkin ada yang suka memandu kereta laju2 atau duduk dalam bilik sorang2 dalam keadaan gelap. Ada juga yang suka masuk hutan boleh tengok unggas dan pokok2. Bagi saya pula laut adalah tempat yang paling bagus untuk melepaskan perasaan sama ada suka duka atau apa saja. Bila pandang laut hati rasa tenang tapi bila ianya bergelora terasa takut pula.






Saya suka memandang laut sejauh mana laut tu terbentang. Memang tidak akan ada tepian. Sepi rasanya bila dia memukul pantai tambah lagi dengan keadaan langit yang mendung. Awan gelap mula berarak seolah2 memberitahu pertukaran waktu akan tiba.



Laut juga memberi rezeki kepada nelayan. Kalau yang punya bot besar bolehlah ke tengah lautan dan pendapatan pun lebih lumayan berbanding dengan nelayan yang hanya punya bot kecil. Apa pun semua rezeki telah ditentukan Yang Maha Esa.




9 comments:

OKje said...

Saya pun suka laut banding hutan Kak Zai....bestnya dpt berehat kat hotel tepi laut Kak Zai...
Dapat soping pun best jugak kak Zai beli baju hihi...

iryantyismail said...

sama lah dengan yan kak..kalau jiwa kacau yan merempit pi pantai....

tapi sejak kawin ...dok atas bukit dah jauh dari laut..huhu

saniahibrahim said...

Canteknya pemandangan biru langit dan laut tu kak zai..memang damai je kalau dapat santai kat tepi laut kan kak zai.

Nieda Ramly said...

memandang ciptaan ubat segala penyakit hati...tenang dan damai.bukan laut saja pandanglah awan, bukit bukau ia amat menyenangkan jiwa

Unknown said...

beza dengan saya..saya tak suka laut..lebih suka sungai atau air terjun..;)

Ana Jingga said...

Subhanallah, sama lah kita , ana pun kalau lama tak ke pantai, mula rasa rindu pada deruan ombak , bau laut dan bayu yang sepoi-sepoi bahasa berlagu .. :)

Normala Saad said...

Saya suka pemandangannya tapi tidak suka mandi laut..

babYpose said...

Oh sis zaitun pun suka ambil gambar, cantik-cantik semua,betul pandang jauh, rehatkan mata dan minda kan..

Unknown said...

Assalam. Terapi stress saya ialah join kelas masak. Jumpa kawan-kawan yang bersemangat tinggi. Bila balik.. refresh sangat..