Monday, January 18, 2016

Kelantan.

Assalamualaikum...

Bersiaran dari Kota Baharu.

Petang semalam jenjalan ke Rantau Panjang. Hari hujan tak dapat nak ambik gambar. Dalam hujan pun ramai juga orang. Bukan saja cuti sekolah hari biasa pun ramai orang. Kereta dari Thailand pun banyak yang keluar masuk.

Dah sampai tempat barang2 free duty beli ajelah untuk pakai sendiri. Hubby pulak tak kisah ambiklah mana suka.  Saya beli satu pan ajaib Vintage nak hadiahkan pada adik yang sakit. Sebenarnya nak bagi dia ceria tapi menurut anak buah yang baru jumpa adik semakin kurus dan murung aje.

Beli juga satu comforter nak hadiahkan pada seseorang. Baru pergi satu tempat nampaknya boot kereta dah penuh. Nasib baik tempat duduk belakang tak ada penumpang bolehlah diletakkan barang2 yang dibeli.

Lepas ini nak pergi wakaf cek yeh tempat ini hidup waktu malam. Belum tahu apa yang nak dicari. Tempat wajib pergi kalau datang Kelantan sudah pasti Pasar Khadijah. Sebut pasar ini mesti macam2 ada kan. Saya suka pergi pasar ini sebab banyak barang yang boleh kita dapat. Makanan, pakaian, peralatan dapur dan macam2 lagi. Dan yang seronok kebanyakkan peniaganya kaum perempuan. Kalau boleh rasa nak angkut semua barang yang ada disini.



Gambat terbalik Kalau nak tengok kena terbalikkan hihi...

Restoren Rangnok...
Tempat saya makan semalam dari Rantau Panjang nak ke Kota Baharu. unik dan masakkannya sedap.





12 comments:

SHERWIEYNA MUZZAWER said...

salam.

gambar terbalik pun terbaliklah ye..janji happy..hehehe

JunAina said...

Aina last pergi Kelantan bulan Mei tahun lepas tapi sebab dah ada plan lain dgn keluarga adik ipar tak dapat la jalan sakan2 kat sana.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Puas meneleng kepala tengok gambar kak zai.. hehehe..
Happy juga dapat jalan2 tu kak zai wlpn hujan..

paridah said...

ke kelantan pula zai..seronok memborong tu sampai penuh keta...

saniah ibrahim said...

Kalau pi kelantan memang seronok memborong kan kak zai...harap adik kak zai ceria dapat buahtangan dari kak zai.

Kakzakie Purvit said...

Hihi... KakZai ni nak kakak terbalikan PC kakak ye:)
Best kan kat sana. Mendamaikan segalanya.

Nieda ramly said...

seronok membeli belah ...semua ada

Bunda_nora said...

Bunda tak pernah lagi sampai Kelantan...dengar cerita jer...tapi banyak makanan sana bunda gemar..

babYpose said...

PAsar kat sana meriah cantik kan..saya pernah pegi sekali ja..

Mummydearie said...

Hehehe...jenuh nak tengok gambar. Kena sengetkan leher 90 darjah ke kanan, barulah nampak jelas gambarnya!

Bestnya dapat pergi Kelantan. Bilalah agaknya saya dan famili nak ke sana!

hainom OKje said...

Saya teringin nak gi Kelantan dengan Terengganu Kak Zai.....nantilah nak kecek Pak Jilap....tp kena tunggu cutilah nampaknya....

Nampak gambo restoren tu pun tau,mesti masakan dia sedap Kak Zai...nampak selesa

hainom OKje said...

Saya teringin nak gi Kelantan dengan Terengganu Kak Zai.....nantilah nak kecek Pak Jilap....tp kena tunggu cutilah nampaknya....

Nampak gambo restoren tu pun tau,mesti masakan dia sedap Kak Zai...nampak selesa