Saturday, January 23, 2016

Penat tapi Seronok

Assalamualaikum...

Saya tak tahu berapa ratus kilometer saya berjalan dalam sebulan. Setiap minggu jarang ada dirumah kerana mengikut hubby pergi outstation. Tahun baru tempohari saya ke Terengganu minggu kedua pulak ke Kelantan. Sekarang on the way ke Taiping untuk menziarahi adik.

Kadang2 rasa dah tak larat tapi kesian pulak bila biarkan hubby pergi keseorangan. Boleh aje hubby pergi naik kapal terbang tapi dia lebih suka memandu sendiri. Selepas habis tugas boleh pergi jalan2. Kadang2 hubby cuma menghadiri meeting waktu pagi sahaja. Petangnya kami selalu jalan2.

Kalau dulu saya hanya ditinggalkan bila hubby outstation. Ini kerana pada masa itu masih ada anak yang bersekolah. Selain dari suri rumah saya juga merangkap menjadi supir. Bila anak bongsu sudah masuk Uni masa untuk berdua lebih banyak. Seronok juga sepanjang perjalanan boleh bercerita macam2 terutamanya tentang anak2.

Semalam saya ke kedai arab yang menjual barangan dari Timur Tengah. Saya nak mencari air zamzam dan kurma nabi untuk dibawa ke rumah adik. Kebetulan hubby mengajak makan nasi arab di restoran Saba yg bersebelahan dengan kedai arab tu. Selain pan ajaib yang saya beli diRantau Panjang saya juga bawa air zamzam dan kurma nabi untuk adik. Harap2 biarlah dia suka dengan barang2 yang saya bawa.



Ambik gambar dari kotak sebab saya nak adik yang buka.







11 comments:

mamawana said...

Alhamdulillah bahagia gitu.

Nieda ramly said...

seronok adk akka zai dapat buah tangan tu

Miz Eija said...

Salam kakzai... seronok nya sokmo travel.. jauh perjalanan luas pemandangan.. byk nya hadiah untuk adik kak zai.. eija pun suka kurma.. jdkan mknan smpingan as milkboster :) kakzai jemput singgah blog eija.. jgn lupa follow ya ^_^

Normala Saad said...

Wah Zai..seronoknya dapat jalan-jalan gitu dgn hubby. Rasa bahagia dengar..

kakyon said...

Saat paling membahagiakan di usia seperti kita kan Zai..

iryanty ismail said...

kalau kita buat orang bahagia..insyallah kita juga bahagia

Kakzakie Purvit said...

Lepas ni semangatlah adik nak memasak menggunakan magic pan itu Kak Zai
Bila tinggal berdua memang ke sana-sini akan berdualah Kak Zai habis nak dgn siapa lagi kan:)

Mummydearie said...

Untungnya selalu pergi jalan-jalan. Buat peneman suamikan. Kasihan kalau memandu sorang. Saya kalau diajak berjalan, laju aje pack pakaian. Hehehe!

hainom OKje said...

Senangkan kak Zai anak dah lepas, dpt ikut hubby outstation hihi...
Sure suka adik kak Zai tu dijengah kakak dia.

hainom OKje said...

Senangkan kak Zai anak dah lepas, dpt ikut hubby outstation hihi...
Sure suka adik kak Zai tu dijengah kakak dia.

babYpose said...

Seronok kehidupan begini kak zai dapat ikut suami, anak anak pandai masuk u. Syukurkan..doa yang terbaik jugakan..ya suka adik kak zai dapat hadiah dan ingatan kak zai.