Saturday, January 16, 2016

Tak Cukup?

Assalamualaikum...

Kadang2 ada masanya naik angin juga dengan kerenah anak. Mentang2 dia rasa anak bongsu abang dan kakak sudah bekerja bolehlah dia manja lebih2. kalau berbelanja biarlah berpada2 jangan bagi alasan semua makanan mahal. Cuba sesekali belajar makan digerai taklah belanja rm1000 sebulan kata tak cukup. Itu belum duit dari abang dan kakak. Hanya untuk makan sewa rumah setiap tiga bulan sudah dilangsaikan. Segala minuman dan biskut sudah disediakan setiap bulan.

Makan direstoren mahal bukan tak boleh tapi cuba pandai mengatur belanja. Ini tidak bila tak cukup whatsapp. Si ayah pulak jenis manjakan anak. Bukan anak gunakan duit untuk benda yang tak elok cuma untuk makan lagi pun abang ada duit nak bagi bukan ramai dia sorang aje lagi. Itulah jawapan siayah bila saya membebel.

Bila hati dah sejuk menyesal pulak marah2. Bila abang atau kakak belanja makan kat luar adik tak dapat joint, bila kumpul ramai2 kat rumah saya masak special sikit adik tak dapat turut serta. Hanya bila cuti adik balik baru dapat rasa masakan air tangan mama. Akhirnya mengalah juga biarlah siayah penat bekerja untuk keperluan anak2. Ada duit banyak pun tak guna kalau tak bahagia. Mana tahu dimasa akan datang segala jasa ibu dan ayah dibalas dengan baik.

Walau apa pun adik seorang anak yang baik, penyayang dan alhamdulillah segala suruhan tidak pernah diabaikan.





11 comments:

Unknown said...

alah kakzai meluahkan perasaan pulak petang ni, sabo kak pompuan mmg gitu sama jugak dgn saya bila dh puas membebel baru nyesal 😕

Amie said...

Sesekali meluah apa yang dirasakan betul apa salahnya. Sebenarnya niat kita baik, nak anak-anak belajar jimat cermat.

Nieda Ramly said...

selalunya begitula rezeki si bungsu

OKje said...

Hihi....Selera anak dara kak Zai. Ni yg mak dara pun sama naik ni, macamana tu haha....Aanak bongsu selalunya untung tau kak Zai, zaman dia, mak pak dah stabil, kakak abg dah kerja, so mcm mcm boleh dia dpt. Tu yg untung tu, sebab saya pun anak bongsu....hihi....

Kak Zai kakak saya selalu komplen ckp hidup saya sekarang lebih senang banding dia kecik dulu.... Dah katanya anak bongsu kan.....haha...

Bebel bebel tu biasalah Kak Zai, namanya pun emak. Tak salah pun menegur sebagai emak, supaya dia ingat, kalau bukan ingat sekarang, satu masa nanti bila dia dah jadi ibu....

OKje said...

Hihi....Selera anak dara kak Zai. Ni yg mak dara pun sama naik ni, macamana tu haha....Aanak bongsu selalunya untung tau kak Zai, zaman dia, mak pak dah stabil, kakak abg dah kerja, so mcm mcm boleh dia dpt. Tu yg untung tu, sebab saya pun anak bongsu....hihi....

Kak Zai kakak saya selalu komplen ckp hidup saya sekarang lebih senang banding dia kecik dulu.... Dah katanya anak bongsu kan.....haha...

Bebel bebel tu biasalah Kak Zai, namanya pun emak. Tak salah pun menegur sebagai emak, supaya dia ingat, kalau bukan ingat sekarang, satu masa nanti bila dia dah jadi ibu....

Malinda said...

biase la kak anak bongsu memang anje2 lebi....lagi pon sekarang ni semua pon mahal...sok2 dia dah keje akak pulak anje2 mintak duit dengan dia...kikiki

Normala Saad said...

Mmm..saya pun sekarang dah rasa terjarak dgn anak bongsu. Kalau keluar makan atau makan dirumah lebih banyak dgn anak sulung saja...Rasa kehilangan pun ada..sebab bila dia dah berkawan, sifat manja anak bongsu terasa hilang pula..

babYpose said...

Untung anak bongsu ni kan, ada ramai yang bole dia bermanja, tempat mengadu pun ada. Dah ditegur, inshaAllah makin faham dia nanti.

Kakzakie Purvit said...

Sebagai ibu apa yg KakZai rasa sebenarnya mahu anak berjimat tapi pada si ayah dan abang-abang alahai adik tinggal sorang apa salahnya diberi apa yg dia hendak tambahan pula adik bukan tak pandai menimbang-tara mana yg baik dan buruk. Adik dah matang dah KakZai tapi sebab anak bongsu sentiasa dirasa 'baby' dihati semua.

Azian Elias said...

anak koret ye kak.. i pun tak tau nanti pisah dgn anak yang kecik tu.. makan tah cam ne tah. kat sini memacam makannya.. mewah.

Mummydearie said...

Anak bongsu memang macam tulah agaknya, kak. Saya dulu pun selalu aje kena 'sergah'dengan abah tapi tetap juga diberinya apa yang kita minta :)