Friday, January 08, 2016

Pengalaman Ngeri.

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua rakan2 yang saya kasehi. Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini mendapat keberkatan dari Dia Yang Maha Agong.

Pengalaman Mimi naik kapal terbang yang berlegar2 diruang udara dan ditukar pendaratan disebabkan cuaca buruk bulan lepas membuatkan dia sangat fobia untuk menaiki kapal terbang buat ketika ini. Bila diberitahu ada tugasan yang perlu dilakukan diJohor Baharu hati sudah gundah gulana. Menolak memang tidak boleh kerana ini adalah satu tugasan. Berada didalam mahkamah tidak memerlukan masa yang panjang cuma ianya akan berulang kalau tidak dapat diselesaikan hari itu.

Nekad dengan perasaan yang bercampur baur akhirnya dia setuju. Tugasan cuma satu hari pergi pagi balik petang. Pukul 5 pagi telah bertolak ke lapangan terbang. Dalam taxi sentiasa berdoa agar perjalanannya selamat dan dipermudahkan. Alhamdulillah Mimi selamat tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor. Bertambah gembira bila bodyguard dan driver telah siap menunggu kedatangannya. Pukul 8 malam Mimi telah berada dirumah semula.

Saya dan hubby tergelak besar bila Mimi bercerita bagaimana dia berada dalam kapal terbang. Hubby cakap macam tak pernah naik kapal terbang. Masa nak masuk dalam kapal tu tangan dah mula sejuk. Time take off perut bergelodak rasa macam nak muntah. Tangan memegang kuat tempat duduk dan mata dipejamkan. Bila sudah mendarat segalanya dalam keadaan baik. Mungkin disebabkan emosi yang membuatkan rasa tidak selesa.
Syukur masa nak balik segalanya dalam keadaan baik.


Dilapangan kapal terbang Senai.





10 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Fobia masih terasa oleh Mimi tu kan Kak Zai..
Mahu tak kecut perut dengan berbagai yg berlaku sejak akhir-akhir ni
bila menaiki kapal terbang..
Alhamdulillah.. selamat segalanya :)

Kakzakie Purvit said...

Jgn kata Mimi kalau kita pun sama KakZai
Apa lagi kejadian itu belum lama kan.
Syukurlah dah selamat pun..

NEKCIK said...

Ha..ha..itu yang nekcik takut nak terbang lama lama tu..klau nak terbang tu 3 mlm dah buat solat hajat..mintak cuaca elok..agar dipermudahkan dan di jauhi dari segala ketakutan dan kegelisahan..insyaallah

saniah ibrahim said...

Kesian mimi pengalaman dulu nenjadi kan dia fobia pulak.Insyaallah satu hari nanti dia akan ok semula

anajingga said...

memang lah masih fobia mimi, kesian dia, alhamdulillah selamat semua :)

babYpose said...

Alhamdulillah tabah dalam flight walaupun perasaan macam naik roller coaster. Berbanyak berdoakan Kzai

tiga lalat said...

alhamdulillah selamat pergi jb dan kembali., hehe2

Malinda said...

alhamdulillah selamat pergi dan balik....nasib baik saya tak pernah ada pengalaman yg menakutkan ketika naik kaptebang...tak penah terbang jauh2 pon semua destinasi dalam negara je

iryanty ismail said...

kalau yan pun takut kak..silap2 tak jadi naik..huhu

hainom OKje said...

Mau tak kecut perut Kak Zai, kalau dah ada pengalaman sendiri yg mencemaskan tu....
Sebelum sebelum peristiwa MH370 dengan kapal terbang yg kena tembak tu, taklah kita cuak melampau cengginikan Kak Zai