Saturday, January 10, 2015

Pokok Cili

Assalammualaikum...


Cili merah

Pokok cili ini saya beli masa pergi kat MAHA tempohari. Tak tahulah boleh bertahan lama ke tidak sebab selalunya kalau pokok cili susah nak hidup lama. Ada saje penyakit yang hinggap. Pokok cili api yang beli kat Cameron Hingland pun dah mula nampak tak sihat. Daun sudah mula jadi kecil dan kerinting.

Ada juga beli ubat racun untuk sembur tapi tak menjadi juga. Kalau pokok tu hidup pun tak berbuah pulak. Macamana dengan pokok cili kawan2 semua banyak tak berbuah.




7 comments:

paridah said...

kak mmg suka tanam pokok cili ni xtermakan hasilnya...petua nk mnjadikan buahnya merah n xdimakan ulat mudah saja...biji benihnya digaul dengan garam halus dulu sebelum disemai...biarkan semalam.

Zaitun said...

Terima kasih bagi petua, in shaa Allah kak zai akan buat.

che mid said...

Menarik petua kak paridah tu. Setakat ni CM tanam poko cili besar elok pula buahnya. Tapi cili kecik tak menjadi..tak sempat besar pun..

Inani Hazwani said...

nani kann tak pernah tanam pokok lada. heheh :D

Acik Erna said...

sekarang ni ada cili api je 2 pokok zai..jadi la kan..untuk buat nasi goreng cili api

Unknown said...

asaalam , wah sama lah hobi dngn kaknoor suka tanam cili jugak kat umah ni, jom jenjalan blog kaknoor tengok cili scotch bonnet hehe

Kakzakie Purvit said...

Kak Zai cuba tumbuk bawang putih masukkan dlm spray bottle campur dgn air. Sparaykan pada pokok cili tu bagi serangga tak kacau. Mana tahu boleh bantu sebab kakak guna macam tu..

Sayang tengok cili tu cantik berkilat.