Tuesday, January 20, 2015

Kemiskinan di Alaf Ke modenan.

Assalammualaikum...

Semalam saya ke rumah sahabat saya yang tinggal disebuah kampung di Besut. Masa saya datang ada seorang tetamu, seorang ibu yang menyara 3 orang anak yang masih bersekolah. Dia bekerja sebagai penoreh getah. Tidak ada rumah sendiri cuma menyewa rumah dibelakang rumah sahabat saya. Suaminya hilang entah ke mana tidak ada khabar berita dan tiada nafkah yang dikirimkan.

Walaupun saya sudah selalu datang ke rumah sahabat saya tapi saya belum pernah bersua muka dengan beliau. Kononnya dia segan untuk bertemu apabila saya datang ke rumah sahabat saya.

Bila dah bersua mulalah bercerita kisah keluarga, anak2, kehidupan dan macam2 lagi. Dia menceritakan anaknya baru2 ini mendapat 7A dalam peperiksaan PT3. Saya pun bertanyalah apa petua dia anaknya berjaya tanpa ada tusyen.

Terkejut....jantung bagai nak putus bila dia memberitahu dia memberi anak2nya makan semata2 nasi dengan budu atau kicap. Itulah makanan harian mereka dan kalau nak makan ikan anak lelaki bongsu yang berumur 12 tahun cuti sekolah pergi memancing ikan ditepi sungai.

Dia bercerita lagi kalau makan daging hanya setahun sekali mungkin daging korban agaknya. Tuan rumah yang dia tinggallah yang selalu membantu dan kadang2 menghantar makanan.

Apa yang ada dalam fikirannya setiap bulan dapat membayar sewa rumah dan keperluan sekolah anak2. Itu sudah mencukupi tambahan kalau hari hujan dia tidak dapat pergi menoreh. Bab makan apa saja yang ada sudah mencukupi.

Air mata saya tidak berhenti mendengar luahannya. Dizaman sekarang masih ada tahap kemiskinan sedemikian rupa. Terasa betapa insaf dan bersalahnya saya sebagai saudara sebangsa dan seagama. Sejujurnya anak2 saya tidak tahu erti kesusahan atau kepayahan dalam kehidupan. Bila saya menalipon memberitahu mereka cerita ini, siadik sambil menagis menyarankan agar saya dan hubby membantu dari segi apa sekali pun.

Saya dan hubby telah berbincang apa yang patut dilakukan. Hubby juga telah membawa perkara ini kepada kawannya yang tinggal di Besut. Mudah2an ada orang yang sudi membantu supaya keluarga ini dapat menikmati kehidupan seperti insan lain.

Dimana orang2 yang sepatutnya menjalankan kewajipan dan dimana, kepada siapa duit zakat disalurkan?





10 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salams kak

besar ganjaran pahala allah beri dekat akak menolong org yg susah ...sedih saya baca :(

Azian Elias said...

YA ALLAHH.. kesiannya.. semoga ALLAH beri jalan dan cara mengatasi masalah diarang ni..

saniahibrahim said...

sedih saya membaca cerita kak zai ni...selama ni saya rasa perit juga nak menghadapi kehidupan membesarkn anak2...rupa2nya ramai lagi diluar sana yang begitu susah...mudah2an dia dpt bantuan yg sewajarnya.

paridah said...

memang menyedihkan sekali n3 ni...sukar juga nk percaya msh ada yg hidup sebegitu susah...mkn pakai seadanya tapi xpernah mngadu n meminta-minta. ketua msyrakt di situ trlpas pndg r sngaja mngabaikn wallahualam...moga peranan hubby zaitun mngenengahkn perkara ini kpd yg tertentu membntu kehidupn shbt itu...wang zakat mmg hak mrk yg xberada lagi susah.

JunAina said...

Di kampung2 masih ada lagi orang yang susah seperti ini saya harap pemimpin masyarakat ambik lebih perhatian berkenaan perkara sebegini. Kita juga sebagai masyarakat memanikan peranan penting dalam membantu mereka, mungkin tidak memberi tetapi menunjuk arah kepada mereka apa yg harus dilakukan.

Normala Saad said...

Zai, memang kita tak lah sekaya melaut..tapi kita pun tidak susah,sentiasa cukup makan minum dan ada kalanya berlebihan...Rata2 saya perhatikan kawan2 saya kehidupan semuanya setara atau lebih dari saya, tapi kadang2 ada sedikit rasa kesal dihati sebab ada sorang dua tu selalu merungut-rungut, dimana masa yang sama masih dapat bercuti kesana sini.Tak bersyukur nikmat yang Tuhan
beri. Sebenarnya masih banyak orang lain yang lebih susah dari kita diluar sana.

Nieda Ramly said...

di sekeliling kita masih ada org yg susah. tak cukup belanja makan berlaukkan telur dan kicap. ikan tak mampu nak beli.

Jari Manis said...

subhanallh...mkn nasi dgn kicap dan budu?..ya Allah..kenapa lah ada suami yg boleh tinggalkan anak-naka dan isteri bgitu..mmg kejam..alhamduillah kerana punya naka yg rajin dan pandai..harap2 bliau mendapat bantuan yg setimpal amin

Kakzakie Purvit said...

Itulah masalah di negara kita Kak Zai. Sebenarnya ada yg miskin lagi sekarang tapi tidak kita ketahui. Apa lagi mereka ni sgt naif jika tidak ada yg membantu untuk mengenengahkan masalah yg mereka hadapi..

Unknown said...

subhanallah masih ada lagi orang susah sampai macam tu skrg ya, sedihlah bila baca cerita Zai yg anak2 nya hanya makan dgn budu dan kicap, sdgkan kita...