Wednesday, December 03, 2014

Serangan Anai2

Salam...

Hari ini hubby ambik cuti katanya nak rehat. Agak lama tak ambik sampai cuti tahun ini terpaksa carry forward ke tahun hadapan.

Saya pulak hari ini mengalihkan pokok2 yang dibeli tempohari ke pasu yang baru dan yang lebih besar. Hubby turut serta tolong mana yang dia pandai.

Petang pula hubby mengemas stor bawah tangga. Lama tak kemas, kat dalam stor tu macam2 ada. Saya memang tak pernah kemas cuma ambik barang dan masukkan semula adalah. Itu pun kadang2 kalau susah nak ambik hubbylah yang jadi mangsa.

Hubby nak kosongkan almari yang ada kat dalam stor tu sebab nak ganti almari lain. Bila dia cuba tarik keluar punyalah terkejut. Nak tahu apa yang hubby nampak......anai2. Separuh badan almari telah dimakan anai2 begitu juga dengan dinding.

Sebelum ini pernah juga tingkap dapur diserang anai2. Gunakan khidmat pest control gerenti selama 3 tahun. Belum pun dua tahun dah timbul masaalah.

Inilah kesan anai2...tak sempat nak ambik gambar anai2 hubby dah vacuum.










6 comments:

kakyon said...

rumah KY pun di serang anai-anai zai.pangil pest control pun tak sampai 6 ..dia merayap balik. nak kena selalu tengok..

Kakzakie said...

Rumah kakak pun dulu sama Kak Zai. Jadi setiap 5 tahun hubby kakak akan panggi pest control buat. Cari yg ada certificate guarantee Kak Zai sebab biasanya yg ini ok..

Dia ada alat yg tembak bawah tiles dan atas siling rumah biasanya.

AMIIZAA said...

salams kak zai...
ada anai2 kena cepat sembur ubat, mcm rumah lama saya habis dia makan....kena selalu monitor.....

paridah said...

yela anai2 ni kena selalu awasi kalau x hbs jayu rumah dimakannya...

NEKCIK said...

Anai anai ni mmg bahaya sebab fia dok dendiam. .tau tau runtuh jer..rumah nekcik pon ada anai anai tapi Tokpokcu bli ubat dann sembur sendiri...kena selalu buat...sampai habis mati anai anai

Jari Manis said...

kalau rumah papan..habis di kerja kan nya tuh