Monday, December 15, 2014

Bawa Tetamu Jalan2 Melaka

Salam...

Saya menerima tetamu dari Terengganu, datang bersama dua orang anak perempuan. Suaminya tak dapat datang sebab menjaga rumah. Nasib baik dia balik semalam dan pagi ini belakang rumahnya sudah dipenuhi air.

Jumaat saya bawa mereka jalan2 Melaka, dari pagi sampai malam baru balik. Mula kami singgah di Mini Malaysia dan Mini Asean, Melaka. Selepas itu menyusuri Melaka River dengan menaiki cruise. Kemudian melawat kompleks muzium sejarah & Etnkgrafi, kompleks muzium rakyat, kompleks muzium Maritime. Naik pulak Menara Taming Sari dimana kompleks dan menara ini berdekatan diantara satu sama lain.

Pusing2 bandar bersejarah yang berwarna merah sampai ke Jonker Walk. Masuk pula ke Mahkota Prade selepas makan tengahari. Kami makan nasi ayam penyet di Wong Solo berdekatan dengan Mahkota Prade. Jalan2 Dataran Pahlawan dan petangnya kami ke Klebang untuk menikmati coconut shake dan seterusnya ke pantai.


Cruise

Bangunan sepanjang pelayaran



Kg Mortem

Dalam cruise


Atas muzium kapal Samudera


Di Pantai Klebang terdapat banyak Bustel iaitu bus yang dijadikan hotel. Sesiapa yang teringin nak menginap bolehlah mencuba. Kami tak dapat melawat muzium kapal selam sebab sudah tutup.

Bercadang nak makan malam di Parameswara ikan bakar Umbai tapi tetamu menolak. Mereka kata dah kenyang masa pergi coconut shake. Akhirnya sebelum balik singgah di Mydin Mall  MITC sebab saya nak membeli sedikit barang dapur.


Nasi ayam penyet

Coconut shake


Sampai rumah lebih kurang pukul 12 lebih sebab singgah minum2 sambil sembang2 di R&R Seremban. Esoknya saya bawa mereka jalan2 KL pula.


P/S : Saya juga menerima tetamu yang tidak diundang. Kalau dulu seekor monyet tapi kali ini seekor ayam katek yang sangat comel.









12 comments:

Acik Erna said...

seronok melayan tetamu kan zai..dapat bawak jalan2 ke melaka

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Seronok bila ada tetamu bertandang ni kakzai.. lama dah saya tak jalan2 Melaka ni.. naik cruiese tu malam best kan kakzai.. penuh cahaya warna warni..

paridah said...

seronoknya jln2 ke melaka dh lma xksana...

saniah ibrahim said...

memang tempat yg sesuai bawa kawan kak zai tu ke melaka...bnyak tmpt boleh dikunjungi..tentu tetamu kak zai seronok dpt layann terbaik kak zai

Kakzakie said...

Untunglah kawan Kak Zai dpt makan angin ke Melaka..

Rumah Kak Zai sejuk sebab itu ayam pun nak tumpang rehat sama:)

Sura Mohd said...

bestnya dpt jalan2 Melaka..dah lama tak pergi sana..untung tetamu tu..dpt layanan istemewa dari Kak Zai..:)

Najib Ariyan said...

ehhh gi Melaka tak makan asam pedas Melaka yg popular tu yg sangat banyak restorannya di depan menara Taming Sari... aduhai...

Zaitun said...

Tetamu tak makan asam pedas.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum kak Zai:)
Memang seronok jalan2 melaka:)
Seblm anakanda SPM tempohari..sempat lagi bercuti2an ke sana..just beralih angin sblm 'berperang':):)

Nieda ramly said...

seharian kak zai berjalan ...habis satu melaka dah diteroka.
kak zai boleh jadi tour guide yg bagus ni!

Nieda ramly said...

seharian kak zai berjalan ...habis satu melaka dah diteroka.
kak zai boleh jadi tour guide yg bagus ni!

Jari Manis said...

kak Zai..kalau JM ke Melaka sudi tak bawak JM jenjalan heee