Wednesday, December 31, 2014

Nasi Vanggey

Salam...

Terima kasih buat semua rakan2 yang menitipkan doa dan ucapan di n3 anniversary saya tempohari. Saya doakan juga semoga kehidupan kalian diberkati dan dalam lindungan rahmat Allah swt.

............


Hari Ahad saya ke Ipoh menghadiri walimatulurus anak buah hubby. Sebelah petang ke rumah anak buah saya pula dan bermalam dirumahnya. Dari awal saya berpesan supaya jangan masak sebab saya nak makan nasi yang terkenal di Ipoh.

Rasanya ramai yang sudah tahu makanan apa yang saya maksudkan. Biasa kita makan kalau dikedai mamak nasi kandar tapi mungkin disebabkan kuahnya yang special membuatkan ianya terkenal.




nasi vanggey


Lauk yang saya pilih ayam goreng berempah dan begedil. Ada macam2 pilihan lauk tapi datang dah agak lewat. Jadi kebanyakan lauk tinggal sedikit, sayur pun dah tak menarik. Kalau tanya kesedapan dia mungkin pada kuahlah. Dalam satu pinggan akan dicampur pelbagai jenis kuah. Bagi yang tak berapa kuat makan pedas jangan bubuh banyak kuah sebab memang agak pedas. Yang lain sama sahaja macam kita makan di restoran nasi kandar lain. 

Sesiapa yang ingin menikmati Nasi Vanggey, bolehlah ke Ipoh kerana terdapat banyak cawangannya di sana. Nasi Vanggey ini juga dikenali dengan nama Nasi Ganja.

P/S: dikesempatan ini juga saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru. Semoga tahun 2015 ini akan bertambah baik.




12 comments:

Jari Manis said...

nasi ganja? kiranya sekali mkn mesti nk datang lagi kan

Kakzakie said...

Tak pernah merasa pulak nasi Vanggeh ni Kak Zai. Kat JB macam tak ada. Kalau nasi padang biasalah kan..

Lynn Hamzah said...

x pernah jumpa dan rasa pun nasi vanggey nie...sedap ke? sedap ke?

saniah ibrahim said...

baru tau ada nasi vanggey ni kak zai...mesti sedap sangat ni buat org ketagih .

Bunda a.k.a KN said...

Salam ..

Selamat Tahun Baru 2015 Kak Zai...semoga berjumpa lagi..

paridah said...

MESTI SEDAP NASI NI XPRNH CUBA LG.....SLMT THN BARU 2015 ZAI...

Acik Erna said...

selamat tahun baru zai

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selamat tahun baru 2015 kak zai... moga tahun hadapan lebih berjaya :)

Nieda ramly said...

selamat tahun baru kak zai..
nasi ini ada juga di kamuntng tapi tak pernah try

Nieda ramly said...

selamat tahun baru kak zai..
nasi ini ada juga di kamuntng tapi tak pernah try

aizamia3 said...

kalau dekat, mahu kerap makan kat situ rasanya sebab kesukaan en. suami.

NEKCIK said...

Nasi Vanggey tak pernah tahu pulak..Selamat tahun baru 2015 Zai semuga kita sama sama dlam rahmat dan kasih sayang Allah..amiin