Wednesday, December 17, 2014

Hari Ke Dua Jalan2 KL.

Salam....

Lagi cerita bawa tetamu jalan2 kali ini jalan2 KL pula. Kami keluar agak lambat sebab breakfast dirumah. Tak dapat pergi banyak tempat sebab kesuntukkan masa.

Mereka datang cuma 3 hari esok hari Ahad sudah nak balik. Sedaya upaya saya nak juga menjamu mereka makan dirumah. Alhamdulillah saya sempat masak nasi ayam untuk makan malam masa mereka baru sampai dari Terengganu.

Sabtu saya bawa tetamu ke taman orkid sebab dia penggemar orkid. Sampai disana rasa hampa sebab tak berapa meriah. Pengunjung pun tak ramai hanya beberapa orang mat saleh aje yang ada.


Taman orkid




Kemudian kami ke Central Market. Saya pun dah agak lama tak ke sana. Belilah sehelai dua t-shirt dan shawl. Lepas tu kami ke KLCC pula naik LRT. Tinggalkan kereta kat parking Central Market. Datang KL mesti nak rasa naik LRT sebab tempat lain tak ada kan. Tetamu saya panggil bas panjang laju hehe...




dalam LRT


Sampai KLCC kami jalan2 sambil window shopping. Kemudian bawa mereka makan di La Cucur Suria KLCC. Makanan disitu sedap2 belaka walaupun agak mahal tetapi berbaloi.





Pergi Putrajaya tengok bangunan, masjid, singgah kat jambatan tengok tasik dan cruise. Seterusnya ke Kajang untuk menikmati satay kajang. Balik dari Kajang kami ke ICT pula tengok lampu yang berwarna warni.


Hanya itu saja tempat yang sempat saya bawa mereka. ln shaa Allah dilain masa nak suruh tinggal lebih lama supaya dapat pergi lebih banyak tempat.
Terkilan tak sempat nak bawa makan nasi arab Saba Cyberjaya.

Jalan2 KL tak banyak gambar yang saya ada.




9 comments:

Acik Erna said...

zai..nasi arab saba yang teringin nak pergi..tapi sampai sekarang tak sampai2 lagi zai

siti natrah said...

taman orkid tu kat mana..tak pernah tau pun..hhhuuh..bestnya kalo leh g

Zaitun said...

Erna cubalah tak jauh sangat dari Seremban kan. Rasa tak rugi sebab nasinya memang sedap.

Zaitun said...

Taman orkid opposite dengan taman burung. Dulu lagi meriah berbanding sekarang.

AMIIZAA said...

salams kak,

penuh aktiviti akak meraikan tetamu:)

dekat cyberjaya nie mcm2 jenis kedai nasi arab ada termasuk saba' :)

saniah ibrahim said...

bestnya jadi tetamu kak zai dapat jalan2 ...

che mid said...

Wah, bertuahnya tetamu dapat ronda KL..bukan KL je lagi..putrajaya..ICT..tentu banyak kenangan manis tercipta he he..Alhamdulillah, banyak ganjaran kerana memuliakan tetamu.

aizamia3 said...

Dah lama saya tak pergi CM dan KLCC.. Dulu situlah tempat saya melepak bersama kawan2.. hehehe..

Kakzakie said...

Puas hati tetamu Kak Zai macam ini cara. Paling best tu ke nursery orkid aduhai bukan kawan Kak Zai tu aje suka kakak yg cuma tengok gambar pun suka sama:)