Tuesday, October 21, 2014

Simple Tapi Mewah.

Salam...

Hari Sabtu pergi ke Ipoh menghadiri majlis walimatulurus anak sahabat hubby. Tema majlis english, pelamin simple tapi cantik. Makanan superb. Memang banyak dan sedap. Orang Perak famous dengan Rendang Tok.

Disatu sudut diletakkan botol2 yang cantik berisi cookies. Ada fruit tart, cream puff, red velvet cake dan yang paling best ada buah anggur dan strawberry diselitkan pula mashmellow dibatang lidi. Kemudian disediakan choklat fauntain. Memang kesukaan kanak2 walau pun ada juga disediakan sweets.


Cantikkan botol tempat cookies

Agak berselerak banyak tangan

Kami punya



Selain dari itu disediakan juga kuih muih, rojak dan pecal. Kuih cakoi dimakan dengan sambal tumis atau kaya dibuat dan digoreng ditepi dewan. Sayang saya terlupa nak ambik gambar pengantin, dewan, pelamin dan kek pengantin, cantik saya suka.

Masa menyambut kedatangan tetamu ayah pengantin agak terkejut dengan kehadiran kami. Disangka tak datang sebab sudah lama tak bersua. Dengan izinNya in shaa Allah pasti datang.



8 comments:

JunAina said...

Wahhh bestnya banyak pilihan makannya...

saniah ibrahim said...

cantiknya makanan yang dihias dgn tempat2 cookies yg comel

Kakzakie said...

Sekarang majlis kawen dah macam-macam trend dia Kak Zai. Yg untung mestilah tetamu yg dtg.

Pn Kartini said...

menariknya kak..mewah gituu
:):):

Siti Rohaida Yusof said...

sdapnya...banyak pilihan makanan yang boleh di ambil kan

cikceriacorner said...

salam akak..wow bestnye..mcm2 ado..

Nieda ramly said...

kenduri sekarang macam2 disediakan utk tetamu , cantik dan kreatif

kakyon said...

Candy buffet sudah jadi kemestian dimana2 majlis sekarang ini kan zai..